web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Tayangan Semula Untuk Golongan Pesawah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 6:06PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pembentangan Bajet 2022 oleh kerajaan pada Jumaat lalu tidak ubah seperti tayangan semula belanjawan tahun-tahun sebelum, khususnya dari aspek subsidi yang sememangnya wajib diberikan kepada pesawah, sebelum ini.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Mohd Fuad Yaacob berkata, perkara itu adalah sesuatu yang amat mengecewakan, ketika kalangan pesawah di seluruh negara amat mengharapkan supaya terdapat langkah tertentu diambil bagi membantu mereka berdepan tekanan kos yang kian meningkat.

Katanya, pembentangan bajet oleh  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu seolah-olah memberi gambaran bahawa segalanya berjalan lancar buat golongan pesawah.

“Memang mengecewakan kerana tiada bajet tambahan untuk bantu pesawah berdepan kenaikan kos mengerjakan sawah. Perkara ini sudah berkali-kali kita suarakan sebelum Bajet 2022 dibentang tetapi tidak diambil endah untuk dimasukkan.

“Peningkatan kos itu sangat ketara. Kalau dulu sebelum COVID-19 kami boleh beli racun dengan harga RM45, tetapi sekarang harganya sudah naik ke RM90,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Mohd Fuad Yaacob
Mohd Fuad Yaacob

Harga benih jelas Mohd Fuad, turut mengalami peningkatan walaupun kononnya dikawal kerajaan.

“Kerajaan tetapkan harga siling RM35 satu beg untuk benih bersubsidi tetapi apabila masuk ke pasaran, harganya melambung hingga RM50 satu beg pun ada,” keluhnya.

Mohd Fuad berkata, kerajaan diminta untuk mengapungkan saja harga beras jika merasakan sudah tidak mahu memberi subsidi bagi mengawal harga padi dan beras.

“Jika harga beras diapungkan, kerajaan boleh mengambil inisiatif memberikan bantuan kewangan kepada golongan susah untuk membeli beras.

“Dalam keadaan sekarang, kenaikan kos seakan ditanggung pesawah sepenuhnya ketika rakyat Malaysia tetap menikmati harga beras murah di pasaran. Keadaan itu berbeza sama sekali dengan sayuran, ikan atau makanan lain yang apabila kos meningkat, bebannya akan turut sama ditanggung oleh pemborong dan pengguna,” katanya.  

Tambah beliau, dalam keadaan isu ini sudah beberapa kali dibangkitkan pelbagai pihak sebelum bajet dibentangkan, kalangan pesawah kecewa kerana perkara tersebut seakan tidak diberi perhatian dalam pembentangan bajet baru-baru ini.

“Apa yang dibentangkan kerajaan bagi kami seolah-olah cuba ‘polish’ kereta lama. Untuk tempoh sementara, mungkin boleh berkilat tetapi tunggu lama sedikit, maka pudarlah warnanya kembali,” katanya. - Getaran 1 November 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 9 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 21 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 21 jam yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar