web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diapora Malaysia Gembira Pelaksanaan Koridor Perjalanan Dengan Indonesia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 7:46AM

Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia sempena lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia bermula semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Diaspora Malaysia di Indonesia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka pintu sempadan negara bagi pelaksanaan koridor perjalanan antara kedua-dua negara.

"Salah satu perkara yang akan saya umumkan ini dan juga akan menggembirakan semua iaitu, kita akan membuka sempadan Malaysia-Indonesia,” kata Perdana Menteri semasa berucap di majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih 150 warga Malaysia yang hadir.

Rata-rata warga Malaysia yang ditemui Bernama selepas itu tersenyum dan meluahkan rasa syukur kerana telah lama tidak pulang ke tanah air.

Perdana Menteri berkata selain koridor perjalanan banyak perkara telah dibincangkan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa pertemuan lebih sejam di Istana Bogor tengah hari semalam.

Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan Presiden yang juga dikenali dengan panggilan Jokowi itu sebagai sangat mesra.

Dalam sidang media bersama Jokowi di Istana Bogor tengah hari semalam, Ismail Sabri mengumumkan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk laksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

Perancangan di peringkat awal akan membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali.

Sementara itu, Malaysia dan Indonesia akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.

"Saya percaya, melalui hubungan yang matang ini, Malaysia dan Indonesia akan mampu untuk mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama yang sedia ada,” kata Ismail Sabri.

Pertemuan dengan warga Malaysia merupakan atur cara terakhir hari kedua lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Indonesia. Ia merupakan lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada Ogos lepas.

Hari ini, beliau dijadualkan melawat fasiliti industri pertahanan di wilayah Bandung, sekitar 150 kilometer dari sini sebelum berangkat pulang.

Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka