web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rt Naik 1.0, KKM Pantau Kemasukan Kes Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 12:46PM

Mereka yang telah mendapat tarikh untuk janji temu suntikan dos penggalak diminta hadir seperti yang ditetapkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau kemasukan kes ke hospital dan lain-lain indikator akibat COVID-19 susulan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kembali meningkat kepada nilai 1.0.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menasihati orang ramai supaya hadir mengambil dos penggalak selepas tarikh janji temu diberikan.

“Ambillah dos penggalak. Warga emas, kalau boleh, sila elakkan tempat sesak. Amalkan #TRIIS,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter pagi ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapannya turut memaklumkan Rt negara kembali kepada nilai 1.0 sejak semalam.

Dua wilayah dan empat negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.0 iaitu Putrajaya (1.16), Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

Nilai Rt bagi negeri lain adalah Sabah (0.98), Kedah (0.98), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Johor (0.93), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88) dan Sarawak (0.87).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu bilanhan individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Semalam, jumlah kes baharu COVID-19 terus meningkat dengan 6,323 kes berbanding 6,243 kes yang direkodkan kelmarin.

Data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,528,821 kes. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka