web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kapasiti ICU Di Selangor Kini 42 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 3:28PM

Sehingga pukul 8 pagi tadi (Khamis), penggunaan katil ICU di Hospital Sungai Buloh adalah 54 katil iaitu 96 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jumlah terkini pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang merupakan kes COVID-19 (disahkan dan disyaki COVID-19) di Selangor adalah 86 kes, iaitu 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit COVID-19 pula adalah 1,286 katil dengan kadar penggunaan 92 peratus.

“Jumlah terkini katil ICU dan repurposed ICU di Selangor (termasuk kes COVID-19 dan bukan COVID-19) pula adalah 203 katil, dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai merujuk kepada artikel sebuah akhbar tempatan semalam bertajuk ‘Gelombang baharu COVID-19 dijangka Disember ini’ yang menyatakan wad dan ICU hospital kembali dipenuhi pesakit COVID-19 kategori empat dan lima.

Dr Sha’ari berkata bagi tempoh dua minggu kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian di Selangor adalah 1,300 hingga 1,500 kes, dengan 1.5 sehingga dua peratus merupakan kes kategori tiga, empat dan lima.

Beliau berkata peningkatan kes COVID-19 di ICU Hospital Sungai Buloh disebabkan fasiliti itu merupakan hospital penuh COVID-19 dan menjadi hospital rujukan wabak berkenaan bagi semua hospital di Selangor dan Lembah Klang. 

Katanya ICU Hospital Sungai Buloh juga menerima kes-kes COVID-19 dari hospital lain supaya ICU hospital terbabit boleh diguna pakai dalam menampung lebih banyak keperluan kes bukan COVID-19.

Menurut Dr Sha’ari sehingga pukul 8 pagi tadi, penggunaan katil ICU di Hospital Sungai Buloh adalah 54 katil iaitu 96 peratus.

“Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi situasi peningkatan kes COVID-19 yang memerlukan kemasukan ke Hospital Sungai Buloh, sistem gas oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) telah ditambah baik bagi menampung kes-kes COVID-19 di samping membantu mengurangkan beban Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Hospital Sungai Buloh turut disokong hospital-hospital lain di Lembah Klang sekiranya diperlukan untuk menampung keperluan kemasukan kes COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka