web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konon Nak Selamatkan Diri, 2 Lelaki Langgar Kereta Polis Berjaya Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:48AM

Pemeriksaan lanjut terhadap lori dan kedua-dua suspek menemukan sejumlah 0.34 gram ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu. - Gambar dari Facebook Adam Firdaus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Mungkin kecewa selepas berjam-jam dikejar pihak polis, dua lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah lori nekad memperjudikan nasib mereka dengan melanggar kereta pasukan keselamatan itu sebagai langkah terakhir untuk melarikan diri.

Namun tindakan tersebut gagal 'menyelamatkan' mereka daripada diberkas, apabila kedua-dua individu berkenaan tetap berjaya ditahan di Kampung Belat, Kubur Panjang dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian itu bermula kira-kira jam 5.45 pagi apabila pihak polis mula mengejar lori dinaiki dua lelaki terbabit dari Gerik, Perak.

"Dari Gerik, lori itu melalui beberapa daerah di Kedah iaitu Baling dan Sik sebelum sampai ke Pendang. Mereka tidak mengendahkan arahan untuk berhenti sebelum akhirnya melanggar kenderaan polis.

"Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri. Kedua-dua suspek kemudiannya berjaya ditahan," katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut terhadap lori dan kedua-dua suspek menemukan sejumlah 0.34 gram ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.

"Semakan lanjut terhadap lori itu mendapati kenderaan berkenaan dilaporkan hilang di Kepala Batas, dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

"Kedua-dua suspek juga dipercayai turut terlibat dengan kes jenayah dan narkotik sebelum ini," katanya.

Kamarul Zaman memaklumkan, ketika ini kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu cuba bunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah.

"Jika sabit kesalahan dengan Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) itu, individu terlibat boleh dipenjara hingga 20 tahun manakala untuk kesalahan memiliki dadah pula, boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM5,000," katanya. - Getaran 5 Januari 2022

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik