web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tak Cadang Tangguh Pemberian Vaksin COVID Astrazeneca

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 3:54PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pemberian vaksin COVID-19 AstraZeneca walaupun terdapat laporan mengenai kesan sampingannya terhadap penerima di luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ini kerana kesan sampingan yang dilaporkan adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabkan kesan sampingan yang serius atau kematian.

"Apabila berlaku kesan sampingan, doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi rawatan dengan segera dan setakat ini penerima vaksin jenis yang lain juga mengalaminya namun dapat dirawat dengan baik.

"Jangan bimbang kerana kita mempunyai ubat yang dapat merawat alahan yang timbul seperti lenguh-lenguh, demam atau kegatalan pada badan," katanya pada sidang media Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah Parlimen Bagan Serai di Pusat GiatMara Bagan Serai di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi produk vaksin COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan untuk kegunaan semasa bencana. 

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dihasilkan daripada viral vektor iaitu meletakkan virus lemah dengan protein untuk merangsang tubuh manusia sama seperti vaksin lain dijangka tiba di negara ini pada Mei depan.

"Vaksin ini sudah digunakan di beberapa negara luar dan Malaysia juga sudah bersetuju untuk menggunakannya jadi jangan percaya berita tidak benar yang mendakwa kematian disebabkan vaksin ini," katanya.

Terdahulu, seramai 80 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Bagan Serai mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma oleh pelatih lulusan GiatMara kawasan itu menjelang pembukaan semula sekolah pada Isnin ini.

Dr Noor Azmi berkata selain program tahunan itu, pihaknya turut menyalurkan bantuan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada para pelajar kurang berkemampuan serta sumbangan kelengkapan sekolah bagi mengurangkan bebanan mereka lebih-lebih lagi yang terjejas akibat penularan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Luar Negara 4 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar