web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Judi Dalam Talian: SKMM Sekat 6,381 Laman Sesawang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:22PM

Sekiranya pengguna menerima iklan judi melalui aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan media sosial, laporkan nombor talian atau akaun tersebut kepada penyedia perkhidmatan aplikasi atau penyedia platform media sosial - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat sebanyak 6,381 laman sesawang judi dalam talian, manakala 212,399 talian telefon, termasuk talian telefon meragukan yang mempromosikan judi serta pinjaman tidak berlesen ditamatkan perkhidmatan sejak 2020 hingga 2022.

Menerusi kenyataannya, SKMM berkata, sekatan itu dibuat susulan permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kesalahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).

Jelasnya, selain tindakan penguatkuasaan (pendakwaan/sekatan) serta kesedaran diri dan pendidikan, kawalan kendiri adalah kunci dalam usaha membanteras perjudian dalam talian. 

“Pengguna secara umum juga boleh memainkan peranan untuk turut sama dalam usaha menyekat aktiviti judi dalam talian, antaranya dengan melaporkan kepada SKMM promosi iklan judi diterima melalui SMS, supaya pembatalan talian dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Sekiranya pengguna menerima iklan judi melalui aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan media sosial, seperti Facebook, laporkan nombor talian atau akaun tersebut kepada penyedia perkhidmatan aplikasi atau penyedia platform media sosial.

“Tindakan melaporkan perkara tersebut adalah untuk membolehkan nombor atau akaun tersebut tidak dapat menghantar iklan tersebut kepada pengguna lain,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan gesaan sebuah persatuan pengguna agar platform perjudian dalam talian dikawal selia.

Pada masa sama, SKMM menegaskan, pihaknya sentiasa komited menyokong tindakan penguatkuasaan PDRM bagi membanteras kegiatan judi dalam talian yang tertakluk di bawah Akta 289.

“Dalam hal ini, PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan, manakala SKMM berperanan memberikan bantuan teknikal, termasuklah pembekalan maklumat serta sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan daripada PDRM,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 7 bulan yang lalu

12 Lelaki Dicekup, Leka Main Judi ‘Pai Gow’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia