web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 1,000 Yang Diberhentikan Kerja Di Sibu Perlukan Bantuan Makanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 7:46AM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Lebih 1,000 orang di Bahagian Sibu amat memerlukan bantuan makanan selepas hilang pekerjaan atau pendapatan berikutan penutupan tempat kerja mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian itu sejak 16 Jan lepas.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata mereka yang terjejas adalah dari luar bandar yang bekerja sebagai buruh am, tukang masak dan pembantu di kedai kopi, restoran dan bistro, pembantu di salun rambut, juruelektrik dan pengimpal, pemandu lori dan atendan, pembantu kedai, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

Katanya, sejak 26 Jan lalu, SDNU telah menyerahkan nama mereka melalui cawangan SDNU Sibu untuk memohon bantuan makanan tersebut namun ramai yang mengadu mereka belum menerima bantuan makanan di bawah program 'Sarawakku Sayang'.

"Kami menerima permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan makanan melalui WhatsApp dan sehingga kini, kami telah menyerahkan lebih 1,000 nama kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu melalui Pejabat Daerah Sìbu untuk menyelaras pengagihan bakul makanan tersebut.

"Dan nama-nama mereka yang memerlukan bantuan makanan masih lagi kami terima," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Chambai berkata mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk keluarga dan mereka amat memerlukan makanan dengan segera.

"Kami percaya situasi mereka adalah benar. Terdapat 11 hari lagi PKP 2.0 di Sìbu. Sekiranya mereka tidak menerima bantuan makanan dengan segera, keadaan mereka akan bertambah teruk. Simpanan mereka, jika ada, akan kering. Dan jika itu berlaku, ramai yang akan kelaparan," katanya.

Organisasi itu juga prihatin terhadap penduduk luar bandar di Sìbu Jaya yang berada dalam situasi sama kerana ramai antara mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana hendak mendapatkan bantuan.

Chambai berkata situasi yang dihadapi penduduk luar bandar yang tinggal di bandar Sìbu itu sememangnya membimbangkan.

"Ramai daripada mereka mahu pulang ke rumah panjang masing-masing tetapi di bawah PKP, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Harapan mereka kini terletak pada jawatankuasa bencana. Lebih awal bantuan makanan diberikan kepada mereka, lebih baik," tambahnya.- Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Sukan 42 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM