web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembangkang Perlu Jumpa PM Jika Mahu Peruntukan, Bukan Menyerang Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:36PM

Anwar ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mubarak Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, semalam. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pembangkang disaran untuk datang berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim jika mahukan peruntukan sama rata diberi kepada semua Ahli Parlimen.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, Anwar sudah berulang kali menyatakan kesediaan untuk memberikan peruntukan sekiranya pemimpin pembangkang sudi untuk berbincang.

“Itulah (berunding) yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi Ketua Pembangkang, beliau datang berunding dengan Perdana Menteri waktu itu. Hasilnya termeterailah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021.

“Tindakan Anwar adalah contoh pembangkang yang konstruktif, ada agenda baik yang dibawa seperti transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya hari ini. 

Menurut beliau, Perikatan Nasional (PN) perlu menghentikan serangan ke atas Anwar dan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya berusaha menjalinkan hubungan baik bagi membolehkan federalisme berjalan lebih lancar.

“Saya menanti apakah pembangkang di bawah Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempunyai agenda konstruktif ini? Ayuh, berani dan berjiwa besarlah untuk membentuk satu kerjasama dwipartisan seperti yang dibuat oleh Anwar dahulu,” katanya. 

Mohammad Agus Yusoff
Mohammad Agus Yusoff

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Agus turut mempersoalkan tindakan pemimpin utama pembangkang yang sentiasa menghilang walaupun Anwar telah memperkenalkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat pada setiap Selasa. 

“Pada masa sama, apabila kerajaan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri termasuk negeri pembangkang, terdapat pihak menuduh Anwar menjalankan kempen politik.

“Kempen politik apa jika majlis raya adalah untuk bersama rakyat dan makan bersama rakyat? Yang berkempen ialah parti pembangkang yang banyak mengkritik majlis rumah terbuka ini,” ujarnya.

Mengakui Kerajaan Perpaduan masih memiliki kekurangan, Perdana Menteri bagaimanapun jelas Mohammad Agus lagi, sentiasa mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikan.

“Bersabarlah. Anwar dan Kerajaan Perpaduan ini baharu sahaja lima bulan memerintah. Nilai kejayaan Anwar dan kerajaan perpaduan ini dengan mata hati. Lihat kepada media yang lebih bebas, gejala rasuah yang sudah dapat dibendung, pemborosan yang dapat dijimatkan, ekonomi yang lebih baik dan sebagainya.

“Saya semakin optimis. Saya mengharapkan sangat reformasi dapat disegerakan dan Malaysia Madani akan terlaksana baik dan saya sendiri rela menjadi benteng untuk kejayaan ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau yang genap tiga bulan bertugas sebagai Ketua Pengarah J-KOM mengakui sukar menjalankan tugasan apabila pemimpin pembangkang berterusan memainkan sentimen agama dan kaum, selain tidak berhenti menyerang Perdana Menteri dengan tuduhan tidak berasas.

Tegasnya, serangan emosi seperti itu perlu dihentikan kerana Langkah Sheraton untuk menjatuhkan kerajaan tidak akan berulang lagi.

Kerajaan ketika ini katanya, telah cukup kukuh dengan majoriti yang ada dan rakyat hanya mendambakan kestabilan kerana sudah bosan dengan politik pembangkang.

“Sakan benci dan marahnya sesetengah orang pada Anwar, timbul gosip mahu menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri atas alasan rakyat sudah bosan dengan beliau.

"Siapa yang bosan dan kenapa bosan saya tidak tahu, tetapi itulah yang selalu diratibkan oleh pihak yang tidak menyokong Anwar,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Semasa 4 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu