web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kantoi Buat Laporan Polis Palsu Hanya Semata-mata Mahu Tuntut Insurans

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 2:54PM

Terdapat keraguan terhadap keterangan lelaki berkenaan, sebelum siasatan dijalankan dengan melakukan pemeriksaan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan premis itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu membuat tuntutan insurans, seorang pengawal keselamatan sanggup membuat laporan polis palsu dengan mendakwa motosikal miliknya hilang di Genting Permai, Genting Highlands, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 33 tahun itu yang mendakwa motosikal miliknya hilang di lokasi berkenaan pada 10.30 malam, 10 Mei lalu.

"Pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong merakam keterangan lelaki terbabit di Balai Polis Genting, jam 3 pagi, Khamis lalu.

"Berdasarkan keterangan lelaki itu, motosikal miliknya hilang semasa diletakkan di belakang sebuah premis kedai di Genting Permai, Genting Highlands," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Zaiham berkata, terdapat keraguan terhadap keterangan lelaki berkenaan, sebelum siasatan dijalankan dengan melakukan pemeriksaan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan premis itu. 

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati motosikal lelaki itu tidak hilang dan dia sengaja mereka-reka cerita.

"Ini kerana motosikalnya telah rosak serta mempunyai tunggakan bayaran bulanan.

"Tujuan lelaki terbabit membuat laporan polis palsu kerana mahu membuat tuntutan insurans," katanya.

Susulan itu, katanya, pihak polis membuat laporan terhadap suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana tindakan boleh diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan itu," katanya. - Getaran, 13 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin