web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Empangan Selangor Mampu Bertahan Sehingga Oktober 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 5:02PM

Empangan Semenyih - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa semua empangan miliknya mampu bertahan sehingga Oktober depan, walaupun ketika ini negara sedang dilanda fenomena El Nino. 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan tahap kapasiti maksimum yang direkodkan di setiap empangan dan kolam takungan.

“Saya baru semalam bertanya kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenai paras air dan kolam takungan kita yang dipantau setiap masa.

“Setakat ini saya dimaklumkan kita mampu bertahan sehingga enam bulan kalau tiada air atau hujan yang sedikit,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1 di sini hari ini.

Beliau berkata, LUAS akan sentiasa melakukan pemantauan dan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan membabitkan hal bekalan air di Selangor.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

“Saya yakin menjelang September dan Oktober, hujan akan mula kembali banyak dan akan memenuhkan air di empangan. 

"Iaa akan memastikan kadar empangan kita kembali baik. Tapi, kita akan tetap pantau setiap masa,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyenaraikan Selangor dan tujuh negeri lain sebagai mudah dipengaruhi fenomena El Nino berdasarkan pengalaman antara 2015 hingga 2016.

Menurut suruhanjaya itu, negeri lain yang mungkin mengalami cuaca kering dan panas melampau mulai Jun termasuklah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Katanya, El-Nino berlaku akibat peningkatan mendadak suhu Lautan Pasifik, sekali gus mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim terutamanya peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di Malaysia.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam laporannya menjangka kebarangkalian berlaku El Nino sekitar 57 peratus antara Jun hingga September dan meningkat kepada 62 peratus dari September hingga November. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami taburan hujan lebih rendah berlaku susulan Monsun Barat Daya yang dijangka berlaku, bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September depan.

Beliau berkata, sepanjang monsun berkenaan, angin lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil. - Getaran, 13 Mei 2023. 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 14 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 19 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar