web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerisauan Belia Terkesan Pandemik COVID-19 Akan Ditangani Sebaiknya - Reezal Merican

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 12:16PM

Reezal Merican - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerisauan dan keresahan warga belia yang terkesan oleh pandemik COVID-19 akan ditangani sebaiknya, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata kerajaan telah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk penubuhan Majlis Pekerjaan Negara, Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), Skim Perantisan Nasional, pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pertubuhan belia di seluruh peringkat, program e-Belia dan Bantuan Prihatin Rakyat bagi membantu belia mengharungi cabaran masa kini.

“COVID-19 sememangnya memberikan kesan cukup besar kepada kelompok belia seperti isu pengangguran, ketakpadanan peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan mereka yang dalam sektor ekonomi gig, ruang dan peluang keusahawanan.

“Permulaan dekad yang sukar tidak bererti belia Malaysia akan pantas mengalah, belia Malaysia akan melalui detik, saat dan dekad sukar ini dengan penuh iltizam dan keyakinan,” katanya dalam ucapan bersempena  Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Reezal Merican berkata KBS juga sentiasa bergerak seiring aspirasi dan keinginan generasi muda kerana golongan itu akan menjadi tonggak penting dalam kemajuan masa depan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun berdepan COVID-19, ramai dalam kalangan belia di negara ini mencatat kejayaan dan potensi luar biasa.

Katanya ini termasuk belia yang berkorban masa, tenaga dan nyawa untuk negara sebagai petugas barisan hadapan, selain kejayaan dalam bidang sukan, sekali gus mengharumkan nama negara.

“Semoga sambutan ini akan mengukuhkan semangat, membina iltizam tinggi warga belia Malaysia untuk menjadi paksi penting kepada usaha membina negara dan mengukuh daya saing bangsa. Selamat Hari Belia Negara, ‘Dekad Ini, Dekad Anda’,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia