web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Terus Hulur Bantuan Kepada Palestin - PM Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 5:30PM

Seorang pekerja Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menghantar makanan kepada para keluarga yang memerlukan di Kota Gaza pada 15 September 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa bagi membantu rakyat negara itu yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Israel.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian berprinsip Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya dari segi politik, ekonomi dan moral.

Beliau berkata melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) seliaan Kementerian Luar, Malaysia menyumbang sebanyak US$10,000 kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang disalurkan kepada Kementerian Awqaf, Jordan.

Selain bantuan kemanusiaan, beliau berkata Malaysia turut menghulurkan bantuan bagi membantu Palestin membendung pandemik COVID-19.

“Kerajaan Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam bentuk barangan perubatan iaitu sejuta pelitup muka, 500,000 pelindung muka dan 500,000 sarung tangan getah. Sumbangan tersebut dihantar menerusi pesawat sewaan khas ke Amman, Jordan pada 10 Mei tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Mengenai Palestin yang disiarkan secara langsung oleh Bernama TV dan stesen TV tempatan lain, hari ini.

Perdana Menteri berkata tahun lepas juga Malaysia menyumbang US$120,000 kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat bagi menampung kos operasi dan programnya bagi 2020.

Beliau berkata Malaysia telah memberikan sokongan serta sumbangan kepada UNRWA secara konsisten sejak 1978.

“Sejak 2015, Malaysia menyumbang sebanyak US$600,000 kepada UNRWA,” katanya.

Muhyiddin menzahirkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat negara ini yang sentiasa membantu rakyat Palestin.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus memberikan sumbangan menerusi tabung-tabung sah yang diwujudkan untuk tujuan tersebut.

“Segala usaha dan sumbangan saudara dan saudari semua amatlah bermakna bagi rakyat Palestin,” katanya sambil mengajak rakyat menitipkan doa kesejahteraan kepada rakyat Palestin agar kezaliman dan penindasan terhadap mereka segera berakhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia