web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 7:46PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dalam satu kenyataan hari ini sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap 10 Oktober, beliau berkata, persepsi negatif itu perlu dihentikan dan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu digalakkan untuk mendapatkan rawatan sama seperti penyakit fizikal lain.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses kepada masyarakat bagi perkhidmatan bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.

"Selepas hampir setahun beroperasi, sebanyak 26,139 panggilan sudah diterima dengan 16,942 pelanggan atau 65 peratus daripadanya sudah menerima bantuan sokongan emosi, manakala 9,197 pelanggan atau 35 peratus menerima intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling," katanya.

Memetik data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019, Dr Zaliha berkata, ia menunjukkan trend peningkatan pemasalahan kesihatan mental terutama dalam golongan kanak-kanak dan remaja.

"KKM terus komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat," katanya serta menambah halatuju perkhidmatan kesihatan mental negara akan dipertingkatkan melalui pendekatan platform digitalisasi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya