web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga Emas Hilang Ditemui Mati Dalam Parit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 8:43PM

Mayat mangsa dibawa oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas ditemui di dalam parit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Misteri kehilangan seorang wanita warga emas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam parit kira-kira 160 meter dari rumahnya di Changkat Baru, Kuala Sepetang, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa, Salaliah Abdul Majid, 85, kali terakhir dilihat di hadapan rumahnya pada jam 11 pagi semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada jam 11 pagi selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada polis.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping kemudiannya melakukan pencarian di sungai berhampiran serta kebun sawit.

“Operasi mengambil masa lebih empat jam sebelum  mangsa ditemui di dalam parit kira-kira jam 3.46 petang tadi," katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, operasi itu membabitkan 12 anggota bomba, enam anggota polis serta 30 penduduk kampung dan operasi ditamatkan jam 4.45 petang. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 19 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 jam yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 9 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar