web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:00AM

Putera Norodom Naravong dari Kemboja (kiri) dan Presiden Majlis Knights Award, Dr Zyro Wong menyampaikan anugerah The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ pada ‘The Knights Award’ 2023 Musim 2 kepada Ketua Pengarang BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaluddin, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  BERNAMA TV, saluran televisyen milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima anugerah berprestij ‘The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ pada ‘The Knights Award’ 2023 Musim 2 di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Ketua Pengarang BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaluddin menerima piala dan plak daripada Presiden Majlis Knights Award, Dr Zyro Wong dan Putera Norodom Naravong dari Kemboja.

Knights Award mempunyai tiga kategori iaitu ‘The Duke’, ‘The Earl’ dan ‘The Baron’, menyaksikan BERNAMA TV sebagai satu daripada penerima kategori ‘The Duke, Top Corporate Highlight’, atas peranan pentingnya dalam membentuk naratif Malaysia pada peringkat global, yang mengetengahkan dasar, pencapaian dan pembangunan negara.

Nur-ul Afida berkata, anugerah ini amat bermakna untuk BERNAMA, yang telah membuktikan kepentingan sumbangan agensi ini dalam industri media semasa.

“Kita berharap memasuki tahun 2024, BERNAMA TV akan menghasilkan lebih banyak program yang mampu memenuhi selera dan kehendak ramai khususnya dalam penyaluran berita bagi pihak kerajaan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pasukan BERNAMA TV, kerana telah mengangkat nama BERNAMA ke tahap ini dan semoga warga kerja BERNAMA akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk capai kejayaan lebih besar pada tahun-tahun mendatang,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis itu.

Antara penerima kategori ‘The Duke’ termasuklah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk Anugerah Ikon ‘Guardian of Public Health COVID-19 Response, Prof Wang Gugwu (Pencapaian Sepanjang Hayat ‘Sinologist’ (Anugerah Asia Tenggara) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Anugerah Suara Emas Timur).

Majlis itu meraikan 45 pemenang yang terdiri daripada individu dan korporat seluruh Asia daripada pelbagai bidang untuk pencapaian cemerlang dan sumbangan mereka sebagai peneraju sebenar dalam bidang masing-masing kepada masyarakat dan negara.

Dengan tema ‘Conquer with Honour’ untuk acara ini, The Knights Awards Musim 2 yang diasaskan oleh Uknighted Business Club yang menekankan kepada intipati intergriti, kecemerlangan dan amalan mulia.

Sementara itu, Wong berkata, majlis itu adalah satu kerjasama strategik yang menyasarkan untuk memartabatkan Malaysia ke standard antarabangsa sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan inovasi.

“Selepas ini (The Knights Award) akan diteruskan tahun hadapan dan kami akan cuba anjurkannya di Malaysia dan juga luar negara… sudah tentu kami berharap untuk menerima lebih banyak penyertaan, bukan sahaja dari seluruh Asia, tetapi juga dari negara-negara Eropah,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

2

Teknovasi 8 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Juara Dunia Aaron-Wooi Yik Calon Olahragawan 2022

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pelajar Cemerlang OKU Penglihatan Mahu Bergelar Pakar Psikologi

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan, Hati-Hati Dengan ‘Scammer’ - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa