web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bilangan Pesakit COVID-19 Semakin Tinggi, Kapasiti ICU Lebih 100 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 12:37PM

Jumlah pesakit COVID-19 hampir mencecah 1,200 orang hingga ada yang terpaksa dirawat di wad biasa. - Gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Jumlah pesakit COVID-19 di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir mencecah 1,200 sehingga menyebabkan ada yang terpaksa dirawat di wad biasa, dedah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu adalah tertinggi setakat ini, sejak penularan COVID-19 mula dikesan di Malaysia, dan ia mencakupi bilangan pesakit yang telah disahkan, dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan.

Melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah kapasiti katil ICU untuk pesakit COVID-19 secara berfasa sejak gelombang kedua pandemik ini. 

Katanya, dalam tempoh tiga minggu lalu, sebanyak 439 katil tambahan telah dapat disediakan. 

"Secara keseluruhannya, jumlah katil ICU yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 (confirmed/suspected/probable) buat masa ini telah mencapai 1,114 buah.

"Kebanyakan katil ICU buat masa ini digunakan untuk pesakit COVID-19,  menyebabkan peluang pesakit bukan COVID-19 yang lain untuk menerima rawatan rapi menjadi lebih tipis. 

"Keadaan ini sememangnya amat menggusarkan terutama buat petugas kesihatan dan pesakit bukan COVID-19," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun jumlah katil ICU untuk pesakit COVID-19 telah ditambah, kadar penggunaannya masih melebihi 100 peratus, membuatkan ada pesakit yang terpaksa dirawat di wad biasa. 

"Dengan pertambahan kes baru harian yang telah mencecah lebih 9,000, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan rapi juga dijangka akan terus meningkat.

"KKM akan terus mengenal pasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi (repurpose) sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan serta kelengkapan lain yang diperlukan. 

"Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, ketua jentera perubatan itu turut melahirkan kebimbangan terhadap sumber tenaga manusia yang kini merupakan cabaran utama pihaknya, berikutan ramai anggota KKM terpaksa dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini. 

"Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dikerahkan untuk perawatan pesakit COVID-19," katanya. Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia