web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bahana Cuba Menyelit, Penunggang Rentung Motosikal Terbakar

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 12:52PM

gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Bahana cuba menyelit, seorang penunggang motosikal rentung apabila berlanggar dengan sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, nahas berkenaan berlaku di depan sebuah stesen minyak dekat Changlun di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.45 petang.

“Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Rodzi berkata, treler itu yang dipandu lelaki berusia 39 tahun bergerak di lorong kiri dari arah Bukit Kayu Hitam menghala ke Jitra di laluan lurus.

"Siasatan awal mendapati mangsa keluar dari stesen minyak tersebut secara tiba-tiba dan cuba menyelit di sebelah kiri treler terbabit.

"Tindakan itu menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan tersebut sebelum mangsa terjatuh dan motosikalnya terbakar," katanya.

Tambahnya, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

"Setakat ini, kami sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa bersandarkan padanan rekod gigi, cap jari atau sampel darah oleh pihak forensik. Selain itu, kami juga sedang mengesan warisnya untuk membuat pengecaman ke atas mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat. Kejadian tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba, Zulkifli Manaf berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan rentung dengan 60 peratus kesan melecur.

"Seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 petang namun mangsa yang dipercayai seorang lelaki bersama kenderaannya, didapati telah terbakar dan mengalami kecederaan parah.

"Pihak kami berusaha melakukan pemadaman dengan menggunakan dua aliran saluran air dari jentera bomba. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir ke lokasi tidak lama kemudian," katanya. - Getaran 28 Disember 2023.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 4 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang