web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 3:30PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.

"Setakat ini tidak ke arah itu (gantung sementara)," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menyempurnakan program Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat keperluan untuk menggantung perkhidmatan kedua-dua jenis helikopter tersebut susulan nahas pada pagi Selasa yang membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6).

Kejadian yang berlaku di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Kesemua yang terkorban telah disemadikan dengan jasad terakhir, Leftenan T Sivasutan, 31, selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan pada 12.15 tengah hari, Khamis lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengesahkan bangkai dua pesawat berkenaan termasuk kotak hitam sudah pun dialihkan dari lokasi kejadian pada Khamis.

"Saya dimaklumkan semuanya telah dialihkan untuk ke tempat siasatan dibuat," katanya.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan Lembaga Siasatan ditubuhkan TLDM itu, akan turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan pakar-pakar lain termasuk pembuat helikopter.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan proses itu akan melibatkan pakar dari luar negara sekiranya terdapat keperluan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Laporan Dedah Helikopter Fennec Tidak Terbang Pada Ketinggian, Haluan Ditetapkan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 21 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir