web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laporan Dedah Helikopter Fennec Tidak Terbang Pada Ketinggian, Haluan Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 4:07PM

Gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Helikopter Fennec tidak terbang pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan serta memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139), menyebabkan kedua-dua pesawat berkenaan bergesel sebelum terhempas.

Rumusan itu didedahkan dalam laporan akhir Lembaga Siasatan nahas yang berlaku semasa raptai Hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 di Lumut pada 23 April lalu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata Lembaga Siasatan juga tidak menemui sebarang data yang mengaitkan nahas dengan faktor kesilapan manusia berikutan pesawat Fennec itu tidak dilengkapi dengan kotak hitam.

"Tiada data yang boleh merumuskan berlakunya 'human error' kerana pesawat Fennec tiada kotak hitam.

"Faktor utama mendapati pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang diterapkan serta memasuki laluan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139.

"Berdasarkan rakaman kedudukan semua pesawat berkenaan, dua helikopter yang terbabit dalam nahas udara berada pada haluan dan ketinggian berbeza dengan dua lagi pesawat yang berada di haluan sebelah kanan.

"Faktor sekunder mendapati channelized attention atau tumpuan utama kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah pertukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Rahman juga berkata, laporan akhir ini selari dengan laporan awal yang telah dikeluarkan sebelum ini. 

Tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter yang mereka naiki bergesel lalu terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April lalu.

Helikopter AW139 terhempas di tangga stadium TLDM manakala Fennec merempuh kolam renang di kompleks sukan berkenaan.

Abdul Rahman seterusnya berkata, laporan autopsi turut mengesahkan tiada isu hypoglycemia atau unsur kelesuan terhadap semua kru udara, serta tiada penggunaan bahan terlarang.

Katanya, semua kru udara terlibat disahkan secara perubatan 'fit to fly' atau sihat untuk terbang.

"Kematian mereka berpunca daripada beberapa kecederaan serius akibat nahas," jelasnya.

Tambah beliau, penyelenggaraan kedua-dua pesawat itu dilakukan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak pengilang peralatan asal (OEM).

"Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) mengesahkan sampel minyak, pelincir dan bahan api telah diperiksa dan disahkan normal,” katanya. 

Abdul Rahman selain itu berkata, laporan juga mendapati cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk penerbangan.

Katanya lagi, Airbus Helicopter turut mengesahkan tiada peralatan yang mempunyai Non Volatile Memory (tiada ingatan meruap) di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan. – Getaran, 30 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 17 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Luar Negara 2 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya