web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Zayn Rayyan: Polis Guna Semua Peruntukan Bawah Bidang Kuasa Kami - Shuhaily

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 7:52PM

Shuhaily Mohd Zain pada sidang media khas hari ini - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah menggunakan segala peruntukan di bawah bidang kuasanya dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk menyekat komunikasi antara kedua ibu bapanya dengan peguam ketika direman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, polis diberikan hak untuk menolak pemohonan peguam untuk berjumpa pasangan berkendan mengikut Seksyen 28 A (8) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata Bahagian 5 Kuasa Istimewa Penyiasat pada seksyen berkenaan memberi kuasa kepada pihak polis untuk berbuat demikian semasa siasatan dijalankan.

"Polis tidak mempunyai sebarang niat tidak baik semasa menguatkuasakan peruntukan berkenaan kerana fokus polis hanya untuk menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan semua peruntukan disediakan," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, tujuan polis membawa ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 juga adalah bertujuan untuk memastikan semua keterangan dan pendedahan yang diperolehi semasa siasatan boleh diguna pakai di mahkamah ketika perbicaraan.

Beliau berkata pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkendan telah bertungkus lumus menyiasat dan memeriksa semua keterangan, rakaman kamera litar tertutup, laporan patologi dan bedah siasat yang diperoleh dalam menyelesaikan kes berkenaan.

"Segala butiran dan keterangan dalam kes ini adalah penting dan pegawai penyiasat saya telah melakukan yang sehabis baik dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka," katanya.

Mohd Shuhaily berkata pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dikenakan terhadap pasangan itu hari ini merupakan antara tuduhan pilihan yang dikemukakan oleh Bahagian D5 (Pendakwaan dan Undang-Undang) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada pihak pendakwa raya selain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Selepas perbincangan mendalam dijalankan antara pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan memutuskan tuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai pada ketika ini," katanya.

Beliau berkata polis telah menggunakan segala kepakaran, tenaga kerja dan maklumat yang ada untuk merungkai kes berkendan walaupun sesetengah pihak mungkin beranggapan tuduhan yang dikenakan sebagai 'anti klimaks'.

"Sehubungan itu siasatan oleh pihak polis telah tamat di sini dan semua kini di tangan pihak pendakwa raya, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan sekiranya terdapat permintaan daripada pihak pendakwaan," katanya.

Mohd Shuhaily turut memohon orang ramai untuk tidak lagi membuat spekulasi berhubung kes berkenaan dan membenarkan proses perbicaraan dijalankan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada arwah.

“Kes ini amat sensitif kerana ia melibatkan seorang kanak-kanak istimewa dan tertuduh pula ibu dan bapanya, saya berharap masyarakat di luar sana berhenti membuat spekulasi mengenai kes ini agar keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan," katanya.

Terdahulu hari ini, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember lepas mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Ibu bapa kanak-kanak itu yang ditahan pada 31 Mei lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor direman selama 13 hari bermula 1 Jun lepas bagi membantu siasatan.

Polis turut menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan semalam di Subang Bestari pada 2.30 petang, mereka berdua bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Luar Negara 23 jam yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 14 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos