web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MAHB Kekal Dikawal Kerajaan, Tidak Diambil Alih Pihak Asing - Amir Hamzah

Berita Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 5:40PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyangkal dakwaan kononnya pihak asing akan mencampuri urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara.

Malah, beliau juga menegaskan bahawa aspek keselamatan lapangan terbang kekal di bawah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS Malaysia (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia.

Ini termasuk kawalan keluar masuk warganegara asing di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen manakala pihak luar tidak boleh campur tangan.

"Tuduhan bahawa orang asing akan mengambil alih menguasai lapangan terbang negara tidak benar sama sekali.

"Semua lapangan terbang negara kekal milik kerajaan sementara MAHB berperanan sebagai operator atau pengendali lapangan terbang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat di sini, hari ini sebagai mengulas penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga akan terus memegang saham khas atau 'golden share’ dalam MAHB.

Berdasarkan hak saham khas itu juga, kata beliau, hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB dengan kedua-duanya adalah warganegara Malaysia.

"Oleh itu, tidak berbangkit seperti yang didakwa bahawa kerajaan menjual saham MAHB kepada pelabur asing.

"Rakan konsortium asing iaitu GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) hanya akan memegang saham minoriti MAHB sebanyak 30 peratus. MAHB kekal dikawal oleh kerajaan," kata Amir Hamzah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KWSP Jangka Peroleh Pulangan Lebih Optimum Bagi Simpanan Syariah Selepas Diasingkan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 19 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 19 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 10 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir