web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masalah PdPR, Siemens Malaysia Agih Komputer Riba Terpakai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:30PM

Siemen dengan kerjasama MACO mengumpul 163 komputer riba terpakai untuk diagihkan kepada pelajar dari golongan B40.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan keperluan komputer riba bagi meringankan beban pelajar dari golongan B40 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah Siemens Malaysia (Siemens) tampil menghulurkan bantuan.

Hasil kerjasama dengan Medical Awareness Camp Outreach (MACO), sejumlah 163 komputer riba terpakai berjaya dikumpulkan untuk diagihkan kepada semua pelajar berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens, Adam Yee berkata, kesemua komputer riba itu diagihkan kepada MACO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit melaksanakan inisiatif Computer Empowerment Program (CEP).

"Wabak COVID-19 mengganggu proses pembelajaran setiap pelajar, dan latar belakang sosioekonomi yang berbeza turut menyumbang kepada proses pembelajaran  tidak sama rata antara mereka.

"Melihat keadaan ini, MACO, sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskan sekumpulan doktor pakar dan sukarelawan bukan perubatan bertindak melancarkan program CEP," katanya di sini hari ini.

Program CEP jelas beliau, membantu pelajar untuk mendapat peranti digital bagi aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diadakan secara dalam talian.

MACO mengumpul komputer riba terpakai untuk dibaik pulih, sebelum ia didermakan kepada pelajar memerlukan.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak ini memberi pelbagai kesan kepada rakyat Malaysia dan kami di Siemens ingin menghulurkan bantuan buat mereka.

"Kami percaya usaha sama dengan MACO ini akan memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada pendidikan pelajaj, tetapi juga kepada alam sekitar kerana ia memanjangkan hayat semua komputer terpakai ini," tambahnya.

Menurut Adam Yee, pemberian komputer riba terpakai ini dilihat sebagai satu peluang untuk mereka menyumbang secara peribadi kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep 3R, Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula).

Sementara itu jurucakap MACO, Datin Dr Low Pek See berkata, matlamat MACO selama ini adalah untuk meringankan beban dan menghulurkan bantuan kepada mana-mana golongan memerlukan.

"Kami di Siemens dan MACO ingin menyeru orang ramai untuk turut serta dalam inisiatif ini bagi membantu lebih ramai pelajar  mendapatkan akses yang sama rata kepada pendidikan, terutama sekali ketika negara masih dibelenggu ancaman pandemik COVID-19.

"MACO turut bersedia untuk berganding bahu dengan mana-mana pihak yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka," katanya. - Getaran, 17 Jun 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 18 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad