web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelonggaran Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Diputuskan Minggu Depan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 12:21PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.

“... dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya setelah melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Menurutnya langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan kini menumpukan proses vaksinasi di kawasan Lembah Klang untuk terus menurunkan kes COVID-19 di kawasan ini. 

“Kita telah tubuh ‘task force’ antaranya bagi meningkatkan jumlah vaksinasi di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. 

“Buat masa sekarang ada tiga juta bekalan vaksin untuk warga kawasan ini bagi memastikan penurunan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, supaya kawasan ini boleh masuk ke Fasa Dua PPN dalam masa terdekat,” katanya. 

Bagaimanapun katanya orang ramai terus diingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam yang ditetapkan bagi memastikan wabak COVID-19 terus terkawal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan