web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Amaran Pada Majikan, Guna Saluran Sah Upah Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:28AM

Pengambilan pekerja asing tanpa saluran yang sah boleh membahayakan keselamatan negara dan kesihatan rakyat kerana mereka mungkin menyebarkan jangkitan di kalangan penduduk tempatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Majikan diminta bekerjasama untuk tidak mengupah pendatang tanpa izin yang gagal melalui proses kuarantin, ujian calitan atau belum mendapatkan vaksin dalam usaha mengurangkan jumlah kes COVID-19 di Sarawak.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata pengambilan kerja golongan tanpa saluran yang sah boleh membahayakan keselamatan negara dan kesihatan rakyat memandangkan mereka mungkin akan menyebarkan wabak jangkitan itu dalam kalangan penduduk tempatan.

Beliau mengesahkan satu kes baharu, varian Delta telah dikesan di Sibu melibatkan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lalu.

“Kita perlu berhati-hati dengan pendatang tanpa izin. Saya bukan kata kita tidak boleh mengambil pekerja asing tetapi tolong gunakan saluran yang betul, minta mereka buat ujian calitan, kuarantin dan divaksin (jika majikan mahu mengambil mereka bekerja),” katanya dalam siaran langsung mengenai situasi COVID-19 melalui Facebook beliau semalam.

Dr Annuar, yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan, berkata wanita warga Indonesia berusia 29 tahun itu didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan RT-PCR pada 7 Julai dan sampel dihantar ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk ujian pengesahan.

Katanya ujian makmal mengesahkan wanita itu dijangkiti varian Delta dan kini mengikuti rawatan di Hospital Sibu.

Justeru Dr Anuar menggesa rakyat Sibu agar terus berwaspada dan patuh dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penyakit merebak sekali gus membawa kepada peningkatan kes.

Mengenai program vaksinasi di Sibu, katanya, sehingga hari ini sejumlah 201,074 orang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan jumlah yang telah melengkapkan dua dos ialah 122,886 orang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad