web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rokok Seludup RM1.4 Juta Dirampas Kastam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 2:18PM

Kastam merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai lebih RM1.4 juta yang ditemui dalam dua buah lori, dalam operasi bersepadu bermula Ahad lalu. - Gambar ihsan JKDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelbagai jenis rokok seludup bernilai lebih RM1.4 juta termasuk cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dalam operasi bersepadu bermula Ahad lalu.

Kesemua 1.68 juta batang rokok itu dirampas menerusi operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Pengarah JKDM Negeri Kelantan, Mohd Rakbi Mat Saud berkata, rokok itu dirampas menerusi dua buah lori yang ditahan dalam operasi berkenaan.

"Sebaik lori tersebut ditahan, kami menjumpai pelbagai jenis rokok sebanyak 1.68 juta batang yang dianggarkan bernilai RM332,400 dengan cukai berjumlah RM1,142,040.

"Kesemua rokok yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan, khususnya di Pantai Timur.  

"Pelbagai rokok yang dirampas, disyaki telah dibawa masuk secara haram dari luar negara ke Malaysia melalui sempadan Sungai Golok dan pesisir pantai negeri Kelantan," katanya di sini hari ini.

Mohd Rakbi berkata, pada operasi yang sama, pihaknya berjaya merampas sebuah kereta Mitsubishi Lancer, dipercayai diseludup dari Singapura dan menahan pemilik kenderaan.

"Anggaran nilai kereta itu adalah RM20,000, melibatkan cukai bernilai RM38,000.

"Kereta itu diseludup dari Singapura dengan menggunakan taktik mengklon kenderaan dari kenderaan asal yang didaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Menurut Mohd Rakbi, JKDM Negeri Kelantan masih menyiasat beberapa rampasan lori yang terlibat ke atas pemilikan rokok seludup dan kenderaan dibawa masuk dari negara jiran Singapura.

Jelas beliau, kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.  

Beliau meminta orang ramai membantu pihak JKDM bagi memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta menasihatkan masyarakat supaya tidak membabitkan diri dengan jenayah itu.

"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.  

Pihak JKDM juga memberi jaminan, identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.  - Getaran, 31 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut