web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Selamat, Bapa Maut Bot Karam Selepas Memukat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 3:10PM

Mayat mangsa lemas Sadan Seman, 87, dibawa ke hospital menggunakan trak polis untuk tindakan lanjut

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - “Saya dan ayah tidak boleh berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku secara tiba-tiba, dengan angin kencang dan ombak beralun setinggi tiga meter.

“Dengan sekelip mata bot kami dipenuhi air laut, sebelum ia terbalik dan pecah,” kata Semido Sadan, 56, mengimbas kembali nahas yang berlaku semalam itu.

Insiden bot karam di sekitar perairan Lutong, kira-kira 11 batu nautika dari barat daya Kuala Miri itu meragut nyawa bapanya, Sadan Seman, 87.

Menurut Semido, mereka sempat berpaut kepada serpihan bot sebelum bapanya terlepas dan hilang dari pandangan.

“Sebagai anak nelayan saya redha dengan kejadian ini, mungkin Tuhan masih sayangkan saya,” katanya, sambil bersyukur diselamatkan kumpulan nelayan lain yang kebetulan berada di lokasi.

Getaran difahamkan, kemalangan tersebut berlaku ketika kedua-dua mangsa selepas memukat dan dalam perjalanan balik ke darat.

“Kami turun ke laut pada jam 4 pagi, menggunakan laluan Piasau Utara Sungai Miri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kedua-dua mangsa ditemui bot nelayan yang berada di lokasi kejadian pada jam 12.45 tengah hari.

“Semido selamat manakala mayat bapanya, Sadan ditemui terapung tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dan anaknya dibawa ke jeti Marina Bay bersama bot nelayan serta aset Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Md Fauzi turut menasihatkan orang ramai khususnya nelayan agar berwaspada dengan keadaan laut dan cuaca yang tidak menentu, demi keselamatan masing-masing. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut