web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kluster Telaga 2 Jangkiti 93 Individu, 10 Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 4:45PM

Dr Othman Warijo - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kluster Telaga 2 melibatkan hospital utama di negeri ini iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), telah menyebabkan seramai 93 individu dijangkiti COVID-19, sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata, 10 daripada individu yang dijangkiti telah meninggal dunia.

Katanya, kluster itu dipercayai bermula apabila seorang pesakit buah pinggang di Wad Nefrologi HSB disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan bagi mengikut satu prosedur kesihatan pada 4 Ogos lalu.

“Berikutan itu, siasatan dan saringan dilakukan segera dan didapati, 72 individu disahkan positif COVID-19 iaitu 31 pesakit wad nefrologi, 23 petugas kesihatan, empat pekerja sokongan dan 14 waris pesakit.

“Siasatan dan saringan terhadap kontak selanjutnya telah mengesan 21 kes positif lagi di Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik dan Yan. Sehingga semalam, jumlah kes dalam kluster ini adalah seramai 93 orang,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu kesemua 32 pesakit di wad nefrologi itu disahkan positif, 11 daripada mereka didapati tidak bergejala (kategori satu), dua bergejala ringan (kategori dua) manakala seorang lagi dalam kategori tiga.

“Selebihnya terdapat 15 kes berada dalam kategori empat dan tiga kes dalam kategori lima.

“Dukacita dimaklumkan, 10 daripada mereka telah meninggal dunia manakala 22 kes lagi masih berada dalam wad. Siasatan lanjut berkaitan kematian masih dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Othman menambah, beberapa tindakan telah diambil bagi membendung penularan COVID-19 di HSB, termasuk menutup wad nefrologi sebaik kes pertama disahkan.

“Semua pesakit dipindahkan ke wad COVID secara berperingkat dengan wad nefrologi akan dibuka semula selepas disanitasi.

“Perkhidmatan Hemodialisis Pesakit Luar di HSB berjalan seperti biasa manakala perkhidmatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dipindahkan ke ruang lain iaitu di Pusat Sumber Diabetes,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pesakit nefrologi yang perlu dimasukkan ke wad dan tidak menghidapi COVID-19 akan dimasukkan ke wad lain.

“Tiada wad atau perkhidmatan lain ditutup berkaitan kluster ini,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 5 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 21 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar