web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Ada Majoriti Jadi PM - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 5:12PM

Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan kepada media sebaik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlumbaan kerusi nombor satu negara dilihat hampir menemui noktah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memiliki majoriti tipis iaitu sebanyak 114 sokongan daripada Ahli Parlimen.

Sejak awal pagi tadi, tumpuan rakyat terarah ke Pintu 2 Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Ismail Sabri dan 113 lagi Ahli Parlimen untuk menghadap bagi mengesahkan Akuan Bersumpah (SD) yang diutuskan kepada baginda.

SD itu antara lain menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui media berkata, Yang di-Pertuan Agong memperuntukkan masa lebih kurang dua minit kepada setiap Ahli Parlimen untuk sesi temuduga seorang demi seorang.

Katanya, ia antara lain adalah untuk mengesahkan sokongan terhadap Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon Perdana Menteri ke sembilan.

“Setiap Ahli Parlimen diminta untuk menyatakan nama, kawasan diwakilinya dan mengesahkan menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri secara sukarela tanpa paksaan.

“Dengan jumlah 114 ahli Parlimen ini, kita maklum dengan kedudukan majoriti dimiliki Ismail Sabri,” katanya sebaik keluar dari Istana Negara, hari ini.

Untuk rekod, seseorang calon Perdana Menteri memerlukan sekurang-kurangnya 112 sokongan Ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 untuk membolehkan dilantik sebagai menjadi Perdana Menteri.

Sokongan diperoleh Ismail Sabri datang daripada Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, BERSATU, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas.

Terdahulu, seramai 114 Ahli Parlimen daripada gabungan kerjasama parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) hadir untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sejak jam 10.30 pagi.

Sesi tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan di sesi pagi dan sesi petang. 

Turut dilihat masuk ke Istana Negara adalah Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masuk menerusi Pintu 1 manakala selebihnya masuk melalui Pintu 2.

Sesi tersebut diakhiri oleh Ahli Parlimen PAS yang hadir dengan menaiki bas pelancong pada jam 2.39 petang sebelum dilihat keluar pada 3.54 petang.

Esok, sekali lagi Istana Negara akan menjadi tumpuan susulan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut