web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Janna Nick Bimbang Kata-Kata Kesat Di Makkah Jadi Kenyataan

Mendera ibu mentua sehingga alpa dengan tanggungjawab dan kewajiban sebagai seorang isteri dan menantu.

Filem & TV Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:22PM

Misha yang dilakonkan Janna Nick adalah seorang menantu dari 'neraka' yang mendera ibu mertuanya sendiri.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Janna Nick menempuh dugaan besar demi menjayakan drama terbaharu ‘Surat Dari Tuhan’ yang mula bersiaran di Slot Samarinda, TV3 hari ini. 

Menggalas watak Misha, seorang menantu yang mendera ibu mentua dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, Janna mengakui beliau bergelut dengan perasaan bersalah. 

 “Surat Dari Tuhan ini sebuah naskhah yang sarat dengan mesej positif. Saya memegang watak sebagai Misha, menantu yang jahat!

“Rakaman dijalankan di tanah suci Makkah dan bayangkan betapa mencabarnya saya perlu bawakan watak ini.

“Sepanjang penglibatan dalam seni, inilah watak paling jahat yang pernah saya galas,” ulas Janna.

Selain itu, Janna juga mengakui beliau bimbang untuk melakonkan babak-babak tertentu kerana dialog yang dituturkan ada perkataan kesat.

Katanya, ada kala ketika penggambaran terutama di Makkah dan Madinah, beliau menjadi takut untuk meneruskan babak tertentu.

“Risau perkataan yang jahat dari mulut watak Misha tu dimakbulkan. Nauzubillah.

“Jadi, setiap kali melakonkan adegan yang keluarkan kata-kata kesat, saya banyak beristighfar.

“Saya pasti watak jahat saya ini bakal menjentik emosi penonton dan harap drama ini dapat sampaikan mesej yang mendalam kepada penonton," ujar Janna.

Surat Dari Tuhan mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan Misha yang bersikap ‘talam dua muka’.

Shukri Yahaya tampil sebagai Ryan dalam drama Surat Dari Tuhan.
Shukri Yahaya tampil sebagai Ryan dalam drama Surat Dari Tuhan.

Ryan sebelum itu membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan menikahinya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka.

Walaupun keputusan itu tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah jatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Layanan Misha malah semakin menjadi-jadi apabila Ryan membawa mereka menunaikan umrah bersama.

Sepanjang berada di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, sebaliknya cuba membunuh ibu mentuanya itu. 

Sekembalinya mereka dari Makkah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaan Ryan telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Hadir Suzana (Ummi Nazeera), pelanggan setia Ryan yang cuba membantunya menyelesaikan masalah hutang.

Kewujudan Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya. 

Drama terbitan Mache All Star United Sdn Bhd itu diarahkan oleh Pali Yahya dan hasil karya Rozie Rashid serta Soula Nordin.

Drama 30 episod itu ia juga dibintangi oleh Trisha Ooi, Qistina Raisah, dan Wanns Ahmad.

Jangan lupa saksikan Surat Dari Tuhan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. Anda juga boleh menonton secara eksklusif di www.tonton.com.my, serta aplikasi Tonton. – Getaran, 30 Oktober 2023

Foto : TV3

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

oleh Rahayu MN