web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kini Boleh Terbang Ke Miri Dari Singapura!

Sarawak mengalu-alukan kedatangan pelancong ke penerbangan langsung Singapura-Miri.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 8:10AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Scoot, syarikat penerbangan kos rendah di bawah kendalian Singapore Airlines (SIA) melancarkan laluan penerbangan pergi dan balik pertama dari Singapura ke Miri, Sarawak.

Ini menjadikan ia sebagai penerbangan langsung kedua ke Bumi Kenyalang selepas laluan penerbangan pertamanya dari Singapura ke Kuching.

Kapal terbang TR400 berlepas pada jam 12.20 tengah hari dari Singapura dan tiba pada 2.20 petang di Lapangan Terbang Miri pada 24 Februari lalu, menandakan bermulanya laluan penerbangan ini secara rasmi.

Di atas kapal terbang, penumpang dihiburkan dengan aktiviti dalam penerbangan seperti permainan trivia tentang Miri, dikelola oleh kru kabin yang lebih dikenali sebagai Scootees.

Sejurus tiba, penumpang disambut dengan persembahan kebudayaan istimewa oleh Sarawak Cultural Troupes yang memberikan mereka sekilas gambaran tentang budaya dan warisan Miri.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, penerbangan sulung oleh Scoot ini menandakan permulaan yang baik bagi penerbangan antarabangsa ke Bandaraya Miri.

Selain industri minyak dan gasnya, Bandaraya Miri sememangnya terkenal dengan produk pelancongan dan kembara yang berasaskan alam semula jadi. 

“Scoot ialah syarikat penerbangan antarabangsa pertama dari Singapura yang mendarat di Lapangan Terbang Miri. 

“Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Scoot kerana memilih dan menyokong laluan penerbangan langsung Singapura-Miri ini. 

“Laluan penerbangan ini menandakan bermulanya keberadaan syarikat penerbangan asing yang terbang secara langsung ke Bandaraya Miri. 

“Ia akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan perniagaan Miri. Bandaraya ini menawarkan banyak aktiviti pelancongan dan perniagaan untuk diterokai, terutamanya minyak dan gas.

“Saya berharap Scoot akan bekerjasama erat dengan Badan Pelancongan Sarawak dan komuniti perniagaan di Singapura untuk mempromosikan laluan penerbangan baharu ini,” ucapnya.

Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan pula berkata, “Scoot berbesar hati melancarkan laluan baharu ke pintu masuk utara Sarawak ini.

“Pelancaran penerbangan dua kali seminggu ke Miri ialah bukti komitmen berterusan Scoot untuk melayani pelbagai keperluan perjalanan antara Singapura dan Malaysia.

“Ia turut meluaskan rangkaian kami ke 71 destinasi di seluruh dunia dengan kadar tambang yang berbaloi,” katanya.

Rumah kepada kepelbagaian flora dan fauna yang indah, pelancong boleh menikmati aneka tarikan hidupan liar dan menjelajahi Taman Negara Gunung Mulu di Miri. 

Pelancong juga boleh berenang bersama hidupan laut sambil meneroka bangkai-bangkai kapal perang Jepun semasa Perang Dunia II yang karam di lautan Miri.

Laluan penerbangan Singapura-Miri ini akan dijalankan selama dua kali seminggu pada hari Rabu dan Sabtu. - Getaran, 3 Mac 2022

Gambar: Scoot 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia