web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Tip Agar Anak-Anak Anda Tidak ‘Meragam’ Semasa Perjalanan Jauh Ketika Cuti Sekolah!

Bersama Dr Azlina Roszy berkongsi tip untuk sesi perjalanan jauh anda bersama keluarga lebih menyeronokkan dan kurang stres ketika musim percutian.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 9:59AM

Masa untuk tiba di lokasi percutian mungkin lama, kasihan anak-anak yang 'terperangkap' di dalam kenderaan - Gambar Fail

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim percutian sudah pun bermula! Tentu sahaja anda sekeluarga sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti mengelilingi Malaysia sempena musim percutian ini.

Namun, untuk tiba di sesebuah lokasi percutian, ia mungkin mengambil masa yang agak lama. Ada yang menjangkau selama berjam-jam masa perjalanan untuk sampai ke destinasi pilihan.

Anak-anak anda mungkin akan kebosanan dan ‘meragam’ kerana terpaksa ‘terperangkap’ di dalam kereta dalam tempoh masa yang lama untuk menempuhi satu perjalanan yang agak jauh.

Ragam dan perangai anak-anak anda mungkin berbeza dan tidak boleh diduga. Sayanglah jika belum pun sampai ke destinasi, stres sudah sampai terlebih dahulu! 

Ragam dan perangai anak-anak anda mungkin berbeza dan tidak boleh diduga. Sayanglah jika belum pun sampai ke destinasi, stres sudah sampai terlebih dahulu - Gambar Hiasan
Ragam dan perangai anak-anak anda mungkin berbeza dan tidak boleh diduga. Sayanglah jika belum pun sampai ke destinasi, stres sudah sampai terlebih dahulu - Gambar Hiasan

Bagi membendung permasalahan itu, Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr Azlina Roszy berkata terdapat lima tip bagi memastikan anak-anak kita ‘terkawal’ semasa sesi perjalanan jarak jauh.

“Pertama, persediaan mental. Kita harus memberitahu anak-anak kita terlebih dahulu tentang apa yang bakal berlaku.

“Misalnya, jika kita sudah merancang untuk percutian pada minggu hadapan sempena cuti sekolah, kita beritahu mereka terlebih dahulu. 

“Beritahu mereka perjalanan mungkin memakan masa yang lama. Mungkin lebih daripada tiga jam, misalnya. Jadi dia sudah bersedia secara mental,” ujar Dr Azlina.

Dr Azlina Roszy
Dr Azlina Roszy

Dr Azlina turut menegaskan tip kedua iaitu maklumat perjalanan dan keselamatan perlu dititikberatkan oleh semua ibu bapa. 

“Kita sediakan serba sedikit maklumat. Misalnya, katakanlah mahu membawa mereka pergi ke kawasan-kawasan tertentu, terangkan kepada mereka tentang aktiviti yang bakal dijalankan. 

“Jangan lupa juga perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan. Misalnya, terangkan kepada mereka, musim cuti sekolah mesti ramai pengunjung, jadi mestilah berhati-hati.

“Pastikan anak-anak tidak berada jauh daripada pemerhatian dan jangan membiarkan mereka berjalan seorang diri,” jelasnya.

Dr Azlina turut berpesan supaya ibu bapa juga perlu menyediakan bahan-bahan fizikal sepanjang perjalanan itu, tetapi jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada peranti selaku tip ketiga.

Sediakan serba sedikit maklumat perjalanan dan kongsikanlah bersama anak-anak - Gambar Hiasan
Sediakan serba sedikit maklumat perjalanan dan kongsikanlah bersama anak-anak - Gambar Hiasan

“Saya tahu ramai ibu bapa sekarang suka memberi peranti kepada anak-anak mereka. Namun, ketahuilah jangka hayat bateri peranti itu tidak akan tahan lama. 

“Bila tiba masa, ia akan kehabisan tenaga. Kurangkan kebergantungan terhadap peranti ini. Janganlah sampai anak-anak kita ketagih peranti. 

“Jadi, sentiasa bersedia. Misalnya, bawa permainan yang mereka suka. Beri buku cerita untuk mereka baca. Jika mereka suka melukis, sediakan buku mewarna,” terangnya.

Pemilik Klinik Psikologi Azlina ini turut menambah walaupun sudah menyediakan bahan-bahan itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan suasana yang membosankan.

“Ibu bapa boleh bertindak lebih kreatif. Misalnya, buat pertandingan bercerita. Tidak perlu tema tertentu atau mahu mengikut tema juga digalakkan. Galakkan mereka bercakap. 

“Jangan buli dan ketawakan mereka. Berikan semangat kepada anak-anak kecil yang turut mahu bercerita. Ini salah satu cara mengajar mereka agar mempunyai keyakinan diri,” ujarnya.

Kurangkanlah kebosanan anak-anak di dalam kenderaan dengan menyediakan permainan fizikal atau membuat pertandingan bercerita - Gambar Hiasan
Kurangkanlah kebosanan anak-anak di dalam kenderaan dengan menyediakan permainan fizikal atau membuat pertandingan bercerita - Gambar Hiasan

Untuk tip keempat, Dr Azlina menyarankan agar ibu bapa melakukan kuiz bersama anak-anak mereka sepanjang perjalanan jarak jauh itu tadi. 

“Saya selalu melakukannya bersama anak-anak saya semasa kami sekeluarga keluar bercuti. Saya akan lakukan kuiz bersama mereka. 

“Lakukannya bersama anak-anak seawal usia tujuh tahun. Suruh mereka meneka nama bangunan atau nama jalan di sepanjang perjalanan. 

“Uji minda mereka dengan membaca papan-papan tanda kawasan atau negeri-negeri yang dilalui. Kemudian, beri mereka soalan tentang tempat berkenaan.

Tambahnya, “Namun, sebelum membuat kuiz itu, ibu bapa perlu memberi mereka tempoh masa untuk mentelaah tentang lokasi-lokasi yang bakal dilalui nanti.

Ibu bapa juga boleh membuat kuiz dengan anak-anak tentang destinasi percutian mereka - Gambar Hiasan
Ibu bapa juga boleh membuat kuiz dengan anak-anak tentang destinasi percutian mereka - Gambar Hiasan

“Beri mereka masa untuk membaca segala maklumat tentang negeri-negeri berikut. Kalau boleh bawah peta bergambar rajah. Ajar mereka bagaimana cara membaca peta. 

“Ini masa sesuai untuk mengajar mereka tentang negeri-negeri yang terdapat di negara kita. Aktiviti ini dinamakan sebagai experiential learning atau belajar dari pengalaman,” ujarnya.

Yang kelima dan terakhir, inilah masanya untuk ibu bapa ‘bonding’ atau mengikat tali perhubungan silaturahim bersama anak-anak mereka dengan lebih erat.

“Kita bina nilai-nilai murni dengan mengajar mereka bekerjasama. Misalnya, semasa menjawab kuiz, beri peluang untuk si abang atau kakak membantu si adik menjawab soalan atau sebaliknya.

“Sama-sama saling bertukar cerita. Kita sebagai ibu bapa pun boleh berkongsi cerita. Apa-apa sahaja cerita tauladan. Contohnya, cerita dongeng atau kisah para nabi. 

“Ia tidak hanya memeriahkan suasana, malah percayalah sesi bercerita bersama anak-anak ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” akhiri Dr Azlina. – Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ego Biarlah Bertempat, Jangan Sampai Undang Kebencian

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Kedua-dua hotel ini dibuka selepas pandemik COVID-19 dan ia mendapat ulasan terbaik di platform tempahan dalam talian.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

Wakil negara akan bersaing dengan 11 lagi peserta di peringkat akhir

oleh Diyana Nawwar

Gaya 18 jam yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran