Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Luar Negara Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 5:20PM

Presiden dan Naib Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) secara rasmi mengisytiharkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Presiden dan Naib Presiden negara itu bagi penggal 2024-2029.

Pengerusi KPU, Hasyim Asy'ari mengumumkan keputusan itu di pejabat suruhanjaya pada Rabu berikutan Mahkamah Perlembagaan sudah menolak rayuan kedua-dua calon presiden yang kalah, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang mencabar keputusan pilihan raya berkenaan.

Sambil melahirkan rasa syukur pada majlis itu, Prabowo berkata: "Saya amat berbesar hati. Paling penting, kami bersyukur kerana menegakkan proses demokrasi seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan kita".

Beliau dan Gibran berjanji memberi komitmen mereka untuk berkhidmat kepada semua rakyat Indonesia termasuk mereka yang tidak menyokong mereka dan berjanji untuk menunjukkannya melalui tindakan.

Menteri Pertahanan Prabowo juga menyeru elit politik untuk bersatu dan memajukan negara selepas proses demokrasi yang mencabar seperti yang beliau tegaskan: "Rakyat mengharapkan pemimpin bekerjasama untuk kemakmuran dan menamatkan kemiskinan, rasuah dan kelaparan di Indonesia".

Beberapa menteri kabinet, parti politik, calon presiden Anies dan calon naib presiden, Muhaimin Iskandar, turut menghadiri majlis itu.

Pada Isnin, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa dakwaan Anies dan Ganjar mengenai penyalahgunaan bantuan sosial dan pelanggaran berkecuali pegawai kerajaan tidak mempunyai alasan undang-undang.

Keputusan itu membuka jalan bagi Prabowo untuk menjadi presiden seterusnya, menggantikan Presiden Joko Widodo, yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.

Majlis angkat sumpah jawatan presiden dan naib presiden akan diadakan pada 20 Oktober ini.

Pada pilihan raya 14 Februari lalu, Prabowo dan anak sulung Joko Widodo, Gibran memperoleh kemenangan dengan 58.6 peratus undi, daripada 164,227,475 undi.

Anies, bekas gabenor Jakarta dan Muhaimin memperoleh 24.9 peratus, manakala Ganjar, bekas gabenor Jawa Tengah dan rakan kongsinya, Mahfud MD meraih 16.5 peratus undi.

Sejak awal pagi, seramai 4,266 anggota polis dan tentera ditempatkan di bangunan KPU. Unit K9 dan kenderaan berperisai polis juga diletakkan di seluruh kawasan untuk meningkatkan keselamatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 2 jam yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi