Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 9:35AM

Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri perbicaraan kes terhadapnya. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beribu-ribu dokumen ketika menyiasat kes IMalaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pegawai penyiasat SPRM, Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata ini menyebabkan beliau terlepas pandang untuk merujuk e-mel berkaitan mesyuarat firma audit KPMG Malaysia kepada bekas Perdana Menteri itu ketika siasatan.

Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata, demikian ketika peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mencadangkan bahawa sama ada beliau menerima apa-apa arahan daripada pegawai atasannya atau tidak ambil peduli untuk merujuk e-mel terbabit kepada Najib. 

"Saya tidak setuju dengan kedua-dua cadangan itu. Semasa siasatan, kita dapat lebih beribu-ribu dokumen untuk siasatan kes ini, jadi berkemungkinan sama ada dokumen itu saya terlepas pandang untuk bertanya atau pegawai perakam tidak sempat untuk bertanya kepada Najib. Saya tidak ingat.

"Apa-apapun, saksi lain dalam kes ini telah mengesahkan perkara itu. Menurut saksi lain, Najib tahu mengenai apa yang dibincang dalam mesyuarat itu.

“Najib juga diberi peluang untuk membela diri dan menjelaskan jika beliau nak tambah apa-apa ketika siasatan," katanya.

Sebelum ini, Nur Aida dalam pernyataan saksi memaklumkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan di rumah Najib di Taman Duta bersama pihak pengurusan IMDB dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho LoW. 

Jho Low memulakan mesyuarat itu dengan membentangkan kandungan e-mel yang disediakannya.

Najib bersetuju dengan kandungan e-mel itu dan mengarahkan satu mesyuarat bersama KPMG diadakan dengan segera bagi menyelesaikan isu berkaitan pengauditan.

Bagaimanapun, Wan Azwan Aiman pada prosiding semalam memaklumkan mahkamah bahawa Najib tidak pernah bersetuju dengan kandungan e-mel itu dan tidak mengarahkan agar satu mesyuarat diadakan bersama KPMG.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik IMDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 25 Mei ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

oleh Wartawan Getaran

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 41 minit yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari