web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 11:10AM

Van yang membawa jenazah dua mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram bergerak meninggalkan HSI - Gambar IPK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jenazah dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pagi ini.

Kedua-dua jenazah anggota polis itu dibawa keluar pada 9.15 pagi selepas proses bedah siasat selesai malam tadi.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.

Jenazah dua anggota itu kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Azhar Khaiden, 54, bapa kepada Ahmad Azza Fahmi kelihatan tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSl bagi menuntut jenazah anaknya pagi ini untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk disemadikan.

"Malam tadi kami sekeluarga tidur di kediaman Allahyarham," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan jabatan itu hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak itu berkata jenazah ananya akan dikebumikan di Kampung Poh, Bidor.

Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sukan 57 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 2 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight