web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 3:53PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata orang Islam tidak boleh memanggil orang lain 'kafir'. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penyerang yang membunuh dua anggota polis di balai polis Johor berasal daripada keluarga yang tidak bercampur dengan masyarakat kerana percaya orang lain kafir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Dalam siasatan awal kami mendapati mereka tidak bergaul dengan masyarakat setempat. Kami mendapati mereka melihat orang lain sebagai kafir dan tidak menghadiri solat di masjid kerana perkara itu," katanya.

“Mereka sangat percaya bahawa mereka adalah satu-satunya orang Islam yang benar dan orang lain kafir, yang menyebabkan mereka mengasingkan diri.

"Sebab itu saya katakan jangan hanya fokus kepada pelaku tetapi penyebar. Memanggil orang lain kafir membawa kepada kemusnahan besar. Seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya memanggil orang lain kafir," katanya hari ini dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri.

Minggu lalu, konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut di balai polis Ulu Tiram selepas mereka diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan parang. Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, ditembak.

Susulan serangan itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun bersama dua yang lain bagi membantu siasatan berhubung kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh. – The Vibes, 23 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

2

Politik 1 minggu yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia, China Ulangi Komitmen Kerjasama, Jaga Keselamatan Awam

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

Tarikh untuk menghadap Sultan Sharafuddin hanya akan diadakan selepas 7 Julai.

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar