web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 8:42AM

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Sungai Jawi, Nibong Tebal, malam tadi. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Pilihan raya bukan tempat menentukan akidah pengundi, sebaliknya harus menjadi medan untuk parti politik menerangkan rancangan dan agenda yang diatur untuk rakyat sekiranya memenangi kerusi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.

"Kempen pilihan raya bermaksud kedua-dua pihak yang berlawan bercerita (berkongsi) tentang dasar, rancangan, agenda mereka apabila mendapat kuasa memerintah dan bagaimana usaha untuk menolong rakyat.

"Pilihan raya bukan tempat untuk kita katakan bahawa 'pilih kami maka hang orang Islam dan jika tidak pilih kami, hang bukan saudara kami lagi'. Itu tidak boleh, ini bukan urusan menentukan akidah pemilih tetapi adalah soal untuk menguruskan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perpaduan yang julung kali diadakan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Taman Widuri, Sungai Jawi, di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengarah Strategik Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Menteri Dalam Negeri itu turut berkata, dalam PRK kali ini, masyarakat di Sungai Bakap bertuah kerana ditawarkan seorang calon yang mempunyai kelulusan 'mengaji' (akademik) yang cemerlang.

"Nak jadi pemimpin negeri, kena ada sifat pemimpin yang kuat dan amanah, jadi sebaiknya angkat beliau (Joohari) untuk jadi wakil rakyat di sini (Sungai Bakap).

"... Insya-Allah banyak kelebihan kalau orang Sungai Bakap memilih calon Kerajaan Perpaduan kerana di peringkat kerajaan negeri, ramai Exco boleh bantu pelbagai urusan, begitu juga di peringkat Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Mohamad meminta agar 'rakan-rakan lama' dari Barisan Nasional (BN) menyokong calon Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Saya dulu bersama BN. BN kerja kuat, kalau semua undi calon kita dalam Kerajaan Perpaduan, kita yakin boleh menang walaupun terdapat banyak isu perkauman dimainkan oleh pihak lawan," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah