web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2024 7:16PM

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada majlis perasmian Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024 di SICC, Kota Kinabalu hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebelas individu termasuk tiga rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Filipina selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram pada Ahad lepas akan diterbangkan ke Manila pagi esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengesahkan perkara itu berkata, selain rakyat Malaysia, baki lapan lagi individu adalah warga China.

Kesemua mereka akan menjalani proses dokumentasi terlebih dahulu sebelum dihantar pulang, tambah beliau.

"Selebihnya empat lagi warganegara Malaysia masih ditahan di selatan Filipina untuk proses siasatan pemilikan bot," kata Saifuddin kepada pemberita selepas Konvensyen Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa Tahun 2024 di Kota Kinabalu hari ini.

Ahad lalu, pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu terdiri daripada tujuh rakyat Malaysia dan lapan warga China, selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram dengan menaiki bot laju.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan kesemua yang ditahan itu berada dalam keadaan sihat. 

Menurut laporan media, sebelas yang akan diterbangkan ke Manila esok adalah pelancong yang sedang bercuti di Semporna, dan didakwa memancing di perairan Malaysia sebelum bot yang dinaiki memasuki perairan Filipina secara tidak sengaja.

Pesuruhjaya Biro Imigresen (BI) Filipina, Norman Tansingco dilaporkan berkata, mereka ditahan di kawasan perairan Sitangkai, dekat Tawi-Tawi di wilayah selatan negara itu.

Susulan kejadian tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen operasi agensi pelancongan yang disyaki mengoperasikan bot laju hingga memasuki perairan Filipina secara haram.

MOTAC dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya mengambil tindakan segera bagi menangani isu itu sementara menunggu siasatan lanjut. – Getaran, 5 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah