web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 10:49AM

Pengasas Jovian Apparel, Jovian Mandagie - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jovian Apparel Sdn Bhd milik Datuk Jovian Mandagie berdepan tuntutan saman oleh Iconic Medicare Sdn Bhd (IMED), iaitu anak syarikat Iconic Worldwide Bhd (KL:ICONIC).

Difahamkan, tuntutan saman itu difailkan susulan bayaran berjumlah RM4.96 juta untuk tempahan pelitup muka yang masih belum dijelaskan.

Menerusi kenyataan di Bursa Malaysia, jurucakap Iconic Worldwide berkata, IMED yang merupakan penyumbang utama kepada kewangan kumpulan berkenaan memfailkan saman tersebut ke atas Jovian Apparel pada 13 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Jovian Apparel diasaskan oleh pereka fesyen Malaysia, Datuk Jovian Mandagie yang merupakan bekas suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri, iaitu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pasangan terbabit mengumumkan perpisahan Disember tahun lalu. 

Jovian Apparel yang menjual pakaian ready-to-wear mengeluarkan pelitup muka sendiri ketika pandemik COVID-19 berada di kemuncak pada 2020.

Menurut penyataan tuntutan, IMED terbabit membekalkan pelitup muka kepads Jovian Apparel mengikut spesifikasi dan rekaan khas di bawah jenama Jovian RTW.

Bagaimanapun, Jovian Apparel didakwa gagal menjelaskan bayaran untuk semua tempahan yang telah dihantar, malah mereka masih berhutang RM3.16 juta.

Media melaporkan, Jovian Apparel juga didakwa membuat tempahan pelitup muka yang sudah disiapkan oleh IMED, tetapi enggan memaklumkan kepada syarikat itu jadual penghantaran.

Keseluruhan pelitup muka yang tidak diambil itu berjumlah RM1.80 juta setakat 19 April lalu. - Getaran, 18 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Digelar Jahil Dan Ahli Neraka, Ifa Raziah Buat Siaran Langsung Solat Di IG

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang