web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Menurut pereka fesyen itu, perkahwinan beliau sudah berakhir sejak Ogos lalu dan mereka berpisah secara baik

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Dec 2023 10:18PM

gambar Instagram Jovian Mandagie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Datin Nina Ismail Sabri sudah berakhir pada Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, @jmandagie, yang turut disertakan sejumlah foto memaparkan detik-detik indah mereka sekeluarga.

Pada hantaran itu, Jovian menjelaskan beliau dan Nina mengambil keputusan untuk berpisah kerana itu adalah jalan terbaik selepas 10 tahun hidup bersama.

"Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan dibina untuk kekal seumur hidup, tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.

"Pada bulan Ogos, kami saling memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan 10 tahun ini atas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik. Kami mendapati bahawa sebagai rakan dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta berbeza yang kami hargai,” ulas Jovian.

Dalam masa yang sama, beliau juga menjelaskan bahawa kebahagiaan anak perempuannya, Jeanelle tetap menjadi keutamaan walaupun telah mereka telah berpisah.

“Memastikan kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah. Kasih sayang kami terhadap ibu bapa dan keluarga juga tidak berubah. Kami yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah sebaik-baik perancang," katanya.

Jika dihitung, pasangan ini sepatutnya akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember hadapan. Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013.

Satu-satunya cahaya mata mereka, Jeanelle Nika Mandagie kini berusia enam tahun. - Getaran, 5 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara