web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Ning turut terharu dengan sokongan rakan-rakan industri termasuklah dari Datuk Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 2:00PM

Ning Baizura - Publicist Jovian Mandagie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang baru sahaja dihimpit kontroversi gara-gara sedutan persembahan nyanyiannya menjadi tular di media sosial iaitu Ning Baizura mengakui insiden yang berlaku tidak langsung memberikan kesan yang mendalam buatnya. 

Video persembahan Ning menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah kelab menjadi tular gara-gara dikatakan gagal menyampaikan lagu itu dengan baik sehingga ada yang menggelarnya, Scooby Doo.

Tidak mudah melenting, Ning tampil memberikan penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam dia melakukan persembahan itu.

Menurut Ning, lagu Awan Yang Terpilu terlalu sentimental buatnya kerana setiap kali mahu menyanyikan lagu itu, dia pasti akan terkenangkan arwah bapanya. 

“Saya tak nafikan saya kepenatan, saya sebak, saya menangis dalam nyanyian. Bukan senang nak menceritakan mengenai kisah saya bersama arwah ayah. 

“Sepanjang 30 tahun saya bergelar penyanyi, arwah ayah saya tak pernah tengok persembahan saya sekali pun. Pastinya saya akan berasa sedih setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu,” katanya. 

Tambah Ning lagi, persembahan nyanyiannya yang tular itu adalah lagu yang ke 80 yang dinyanyikan selama empat hari membuat persembahan. Di mana setiap malam dia menyanyikan 20 buah lagu.

Ditanya adakah dia takut untuk membuat persembahan secara ‘live’ lagi selepas ini disebabkan insiden yang berlaku, kata Ning dia hanya ketawa saat dirinya menjadi tular di media sosial. 

“Saya ketawa sebab saya rasa budak-budak ni tak faham apa yang berlaku. Kalau mereka tahu kisah saya bersama arwah ayah, silap-silap mereka yang menangis. 

“Jujur saya katakan, dulu lagi teruk kontroversi yang terpaksa saya lalui. Apa yang berlaku sekarang pada saya ibarat injit injit semut. Siapa yang sakit dia lah naik atas. 

“Apa yang saya boleh katakan tak perlulah nak rasa mengalah atau terlalu sakit dengan apa yang berlaku. Sebab zaman yang saya lalui dulu, rasanya sayalah artis yang paling kontroversi ketika itu. 

“Dulu kerja kita asyik buat sidang media sahaja untuk jelaskan segala kontroversi. Kontroversi seksi, kontroversi ditipu pengurus dan macam-macam lagi lah. Tetapi itulah perjalanan yang budak-budak sekarang tak tahu. 

“Bila kita bersalah, kita mengaku salah kita. Saya pernah disoal pihak media sehingga menangis sebab saya tahu saya bersalah. Tetapi kali ini saya tahu saya tak salah. Ini kejadian yang berlaku secara semulajadi,” katanya.

Kata Ning lagi, dia terharu apabila rakan-rakan seindustri turut memberikan sokongan moral buatnya selepas insiden yang berlaku.

“Alhamdulillah saya sangat tersentuh dan terharu dengan sokongan rakan-rakan artis. Hari itu, sewaktu saya pergi ke sebuah majlis, saya bertemu dengan Datuk Sri Siti Nurhaliza. Beliau orang pertama yang datang kepada saya dan bertanya Kak Ning are you okay? 

“Sewaktu awal insiden itu berlaku, orang pertama yang mesej saya tanya khabar ialah Jaclyn Victor. Seterusnya Shila Amzah. Ramai juga rakan artis lain yang mesej saya secara peribadi memberikan sokongan. Ini semua artis-artis lama yang berpengalaman dan faham dengan situasi yang berlaku,” ujarnya. 

Gambar ihsan Publicist Jovian Mandagie
Gambar ihsan Publicist Jovian Mandagie

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ning kini mengorak langkah dalam bidang perniagaan bengkung kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie. 

“Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya saya menemui satu produk yang saya nak sangat buat, selain daripada produk wangian saya. 

“Produk ini betul-betul dekat dengan jiwa saya, dan saya sudah bincang kira-kira setahun yang lalu mengenai produk ini. Saya beritahu dia, tolonglah saya nak buat produk korset ala-ala Kim Kardashian. 

“Tapi saya minta untuk cuba dulu produk ini. Kerana saya tak boleh jual sesuatu yang saya tak percaya. 

“Jika dari dulu saya nak buat produk, dah lama saya buat. Banyak tawaran untuk buat produk kecantikan dan sebagainya. Tetapi saya tak mahu jual benda yang saya tak pakai. 

“Selepas saya pakai Wondersuit by Jovian ini dalam masa tiga bulan, berat badan saya turun terutamanya di bahagian pinggang. 

“Perkara ini disedari oleh teman-teman pereka fesyen yang menegur bentuk badan saya semakin kecil apabila saya membuat temujanji bersama mereka,” kongsinya.

Kongsi Ning lagi, berat badannya kini berkurangan dari 72 kilogram kepada 61 kilogram selepas mengamalkan pemakaian Wondersuit. 

“Saya berharap saya dapat membantu terutamanya mereka yang bekerja dari rumah, kerana ini adalah cabang perniagaan yang sangat mudah dan harga pun berpatutan,” katanya yang teruja untuk memulakan bisnesnya bersama Jovian. – Getaran 18 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Gaya 8 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara