web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Digelar Jahil Dan Ahli Neraka, Ifa Raziah Buat Siaran Langsung Solat Di IG

Selebriti sensasi ini mengakui dia cuba membuktikan kepada netizen bahawa dia juga menjaga hubungan dengan Allah dan bukan jahil seperti yang digelar netizen.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 8:00PM

Ifa Raziah berkata, netizen bercakap seolah-olah mereka duduk serumah dengannya. - Gambar dari Instagram Ifa Raziah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Disebabkan netizen menggelarnya sebagai jahil agama dan ahli neraka, penyanyi dan usahawan terkenal, Ifa Raziah telah membuat sesi siaran langsung di Instagram ketika menunaikan solat.

“Orang cakap saya jahil, saya ahli neraka, saya ni cabar Allah SWT, tapi kalau saya cabar Allah SWT takkanlah saya sembahyang. Mungkin saya  ahli neraka sebab saya tak layak masuk syurga. Orang-orang yang mengata saya itu yang masuk syurga terus," katanya.

Tambah bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama ini lagi, netizen bercakap seolah-olah mereka duduk serumah dengannya. 

"Mereka tak duduk serumah dengan saya. Mereka tak tahu saya solat ke tidak. Mereka ingat bila saya tak bertudung, saya tak melakukan ibadah wajib seperti solat. 

“Memang saya belum berhijab, tetapi saya tetap menjaga hubungan saya dengan Allah. Tapi takkanlah saya nak tunjuk saya sembahyang di rumah.

“Tetapi disebabkan kali ini saya terlampau geram, jadi saya buat sesi siaran langsung sewaktu menunaikan solat. Yang duk mengata tengok aku waktu 'live' tu tak sembahyang pula," katanya. 

Ditanya adakah dia melakukan sesi solat secara langsung itu untuk mendapatkan perhatian di media sosial, Ifa menafikan perkara itu.

"Niat saya adalah untuk tunjuk kepada netizen yang cakap saya cabar Allah dan saya tak pernah solat. Jadi, saya tunjuk kepada mereka yang saya solat. Saya menjaga hubungan dengan Allah. Belum masuk waktu lagi saya dah bersedia tunggu bila nak azan. 

“Saya tak pernah cabar Allah. Walaupun saya ni hina pada pandangan manusia, Insha Allah,  tidak pada pandangan Allah. 

Allah sering kejutkan saya untuk bangun 4.30 pagi tunaikan solat tahajjud. Saya tak perlu kunci jam pun. Dengan kasih sayangNya, Dia kejutkan saya. Di rumah saya, ayat-ayat Al-Quran berkumandang dari subuh sampai ke Zuhur," kongsinya.

Menurut Ifa, jika dibandingkan dirinya yang dulu dan sekarang, kini dia jauh lebih baik. 

"Taufik dan hidayah saya letakkan kepada Allah sepenuhnya. Saya cuba perbaiki kelemahan, keburukan saya dari dulu sampai sekarang. Cuma saya tinggal belum berhijab sahaja lagi. Yang lain Alhamdulillah," ujarnya.

Ifa ditemui di majlis sidang media produk terbaru dari jenama Jovian iaitu Wonder Suit di mana dia merupakan salah seorang 'muse' yang terpilih di samping Rozita Che Wan, Ning Baizura, Sherry Al Hadad dan kumpulan Dolla. 

Mengulas lanjut mengenai kerjasamanya bersama Jovian, Ifa meluahkan rasa syukur dan terharu kerana dipilih oleh pereka fesyen tersohor itu.

"Kisahnya bermula sewaktu karnival Starvendors baru-baru ini. Datuk Jovian turut terlibat. Jadi hari-hari dia akan tengok saya dan puji pinggang saya.

“Lepas tu dia tanya saya Kak Ifa nak tak kalau satu hari nanti kita kolaborasi buat korset. Tak sangka sebulan selepas raya, dia panggil saya pergi pejabatnya dan saya tengok produk itu telah pun siap. 

“Mula-mula saya rasakan siapalah saya untuk dipandang oleh Jovian Mandagie. Sah-sah artis yang pernah bekerjasama dengannya mempunyai kelas tersendiri. 

“Sebagai seorang pengguna korset sejak dari dulu lagi, saya memang sukakan Wonder Suit dari Jovian ini kerana material yang digunakan sangat selesa. Saya juga telah tunjukkan pada ejen-ejen dan mereka semua suka dan yakin boleh jual," kongsinya. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara