web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 9:50PM

Sebahagian daripada tertuduh kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa tindakan enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendera dan menyebabkan 80 peratus badan rakan mereka Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain melecur akibat tekapan seterika wap adalah perbuatan yang melampau.

Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai berhujah terdapat keterangan menunjukkan lima bekas penuntut itu atas arahan seorang lagi rakan mereka bergilir-gilir menekap seterika pada anggota badan si mati (Zulfarhan) kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan mengakibatkan beliau mengalami 90 kesan lecur yang menyebalbkan kematiannya.

Lima bekas penuntut itu kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri selaku responden pertama hingga kelima manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali selaku responden keenam.

Menurut Mangai, saksi pendakwaan ke-24 (SP24) Ahmad Senabil Mohamad dan SP25 Mohd Syafiq Abdullah, yang merupakan bekas penuntut UPNM adalah saksi mata dan keterangan mereka menunjukkan responden pertama hingga kelima secara bergilir-gilir mencucuh atau menekap seterika wap ke atas si mati manakala arahan untuk berbuat demikian telah diberikan oleh responden keenam.

"Oleh itu, perayu (pendakwa raya) memohon agar mahkamah ini dapat menjatuhkan hukuman mati terhadap keenam-enam responden sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya menolak perbuatan membuli dan penderaan melampau.

"Pihak kami juga mohon supaya mahkamah ini mensabitkan mereka di bawah pertuduhan asal iaitu membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang berhujah dalam rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM itu kerana didapati bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Zulfarhan.

Mangai turut berhujah, SP6 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad yang menjalankan bedah siasat ke atas jasad si mati mendapati kecederaan luka lecur itu menjadi punca kematian Zulfarhan.

"Menurut SP6, daripada 90 kesan lecur pada badan si mati, 29 daripadanya adalah pada tahap ketiga iaitu paling serius, menampakkan otot yang masih basah dengan cecair dan berdarah. Kesan lecur berkendan akan menyebabkan kematian walaupun rawatan diberikan kepada si mati," katanya.

Dalam pada itu, Mangai berhujah ibu si mati telah memberikan pernyataan impak mangsa yang menyatakan beliau trauma untuk membenarkan anak-anak lain memasuki badan beruniform kerana mempunyai tanggapan negatif terhadap badan beruniform itu yang telah meragut nyawa anaknya.

"Ibu si mati memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada responden dan membuka mata dan minda masyarakat agar kejadian sebegini tidak berulang," katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Muhammad Najib, berhujah bahawa hakim bicara gagal menghargai pembelaan anak guamnya dan tidak mempertimbangkan keterangan saksi pembelaan ke-20 (SD20), Muhammad Alif Farhan Aerosni.

"SD20 adalah saksi penting untuk anak guam saya dan dalam keterangan sebelum ini, saksi itu menyatakan dia ada bersama Muhammad Najib pada tarikh kejadian (21 dan 22 Mei 2017) untuk belajar di bilik seorang rakan mereka," kata peguam itu.

Peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Mohamad Shobirin pula, berhujah anak guamnya mengakui mencucuh seterika pada kaki Zulfarhan, namun perbuatan itu berlaku sekali sahaja.

"Adakah perbuatan mencucuh sekali bolen dikategorikan sebagai satu perbuatan jenayah? Jika ia betul dilakukan, ia dilakukan tanpa niat," katanya dan menambah hukuman 18 tahun yang dikenakan terhadap anak guamnya adalah terlampau tinggi.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut universiti itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Zulfarhan.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bili di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017. Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘6 Jahanam’ Dihukum Gantung: Rakyat Bertepuk Tangan, Keadilan Untuk Zulfarhan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah