web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

Here4U sudah boleh didengari di semua platform digital dan ia diinspirasikan daripada sokongan peminat.

Muzik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 9:22AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Dolla terus mencipta jejak baharu biarpun kini hanya tingga bertiga. Ini adalah buktikan kesungguhan mereka untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan negara yang mencabar. 

Baru sahaja mengumumkan konsert mereka yang akan datang beberapa minggu lalu, kini mereka muncul pula dengan sebuah single terbaharu, ‘Here4U’ yang dicipta dan ditulis bersama oleh salah seorang ahli kumpulan ini, iaitu Tabby.

“Semuanya bermula daripada petikan muzik instrumental yang indah yang anda dengar dalam lagu itu! Salah seorang komposer lagu ini, Hyuk Shin memberi saya peluang untuk bersama-sama menulis lagu dan menghasilkan melodi.” 

“Dia dan seorang lagi komposer Chris Young, membimbing saya dengan baik sepanjang proses itu. Memikirkan konsert Dolla yang akan datang, kami rasa ia adalah waktu yang tepat untuk menghasilkan lagu khusus buat para peminat kami. Selepas mencipta melodi di studio, saya pulang ke rumah untuk memikirkan lirik yang sesuai dan inilah hasilnya,” ulas Tabby.

Dalam masa yang masa, Dolla juga mengakui lagu ini terinspirasi daripada peminat mereka yang bergelar iDollas, yang selama ini tidak pernah jemu memberi sokongan. 

“Mereka mengejutkan kami setiap kali dengan menyokong dan sentiasa bersama kami dalam setiap situasi sukar yang pernah kami lalui. Mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan Dolla,” tambah Tabby. 

Dolla terus mencipta jejak baharu biarpun kini hanya tingga bertiga.
Dolla terus mencipta jejak baharu biarpun kini hanya tingga bertiga.

Seperti beberapa lagu hit mereka sebelum ini, lagu ini didatangkan dalam dua versi iaitu satu dalam Bahasa Malaysia yang ditulis oleh Putri Dahlia, Tabby dan Hyuk Shin, manakala versi Inggeris pula ditulis oleh Tabby dan Hyuk Shin. 

Sementara itu, Sabronzo yang juga ahli kumpulan ini berkata, dia melalui pengalaman yang menyenangkan sepanjang tempoh menyiapkan lagu ini.

 "Ia sesuatu yang sangat bagus kerana penulis lagu adalah ahli kami sendiri. Visi untuk lagu ini telah diterjemahkan dengan baik, dan kami berasa gembira menjadi sebahagian daripada projek yang menghubungkan semua orang secara peribadi," ujar Sabronzo.

Untuk melengkapkan lagu ini, sebuah lirik video yang menceritakan perjalanan mereka dari awal turut dihasilkan. Ia merupakan gambaran visual episod suka duka yang telah Dolla lalui untuk berada di tahap sekarang ini. 

Video tersebut dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang telah mereka rakamkan menggunakan telefon bimbit masing-masing. Sudahpun berada di laman YouTube, babak-babak indah tersebut kini boleh ditonton walau di mana jua anda berada.

Sungguhpun sibuk mengeluarkan single baru dan sedang membuat persiapan demi konsert mereka yang akan datang, gadis-gadis itu nampaknya bakal mengumumkan lebih banyak kejutan dalam masa terdekat.

"Dollasedang mengusahakan pelbagai rancangan untuk aneka festival yang besar sepanjang tahun ini. Selain itu, kami juga sedang menghasilkan muzik baharu dan juga menyusun hala tuju kami sebagai sebuah kumpulan yang ingin bergerak ke hadapan.”

“Kami berharap peminat jatuh cinta dengan buah tangan terbaharu ini kerana kami telah berkerja keras untuk menyiapkannya. Semoga peminat dapat menghayati dan memahami pesanan dalam lagu ini," ulas seorang lagi ahli Dolla, Angel. - Getaran, 29 Jun 2024

Foto : Dolla

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Menurut Masayu, filem seram Malaysia juga sangat hebat dan dia menyukai Maya Karin selepas menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam

oleh Helmi Anuar

Muzik 19 jam yang lalu

Persembahan Kitaro Pukau Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

oleh Wartawan The Vibes

Muzik 15 jam yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

oleh Helmi Anuar