web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Dolla itu mengakui dia selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakain dan berjanji akan memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 5:10PM

Syasya - Gambar Instagram @syasya.rzl

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anggota girl group Dolla, Syasya menerima teguran secara terbuka daripada neneknya yang juga pelakon veteran Rozie Othman berkenaan pemakaiannya yang terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai serta sering dikecam netizen.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Dolla itu mengakui dia lebih selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakaian dan berjanji akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sejujurnya, saya tahu apa yang nenek saya tegur berkenaan cara pemakaian saya itu benar, tetapi bagi saya generasi sekarang ada gaya mereka tersendiri, seperti saya.

“Mungkin zaman dahulu dengan sekarang banyak sangat perbezaan. Apapun Insya-Allah, apa yang ditegur saya akan cuba akan diperbaiki pada masa depan,” katanya.

Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah-mesra bersama media anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung semalam.

Dalam pada itu Syasya atau Norsyasya Afiqh Shahrizal, 22, berkata, dia turut membawa imej sebagai gadis Dolla dan enggan mahu jadi hipokrit.

“Saya hanya ingin menjadi diri sendiri i dalam industri ini. Saya tidak mahu berpura-pura menjadi orang lain. Bagi saya, selagi saya tidak hipokrit, itu lagi bagus,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi lanjut, Syasya berkata neneknya ada menghubunginya untuk memberi nasihat dan teguran dan sebagai cucu dia memahami niat baik Rozie yang bimbang akan keadaannya.

Tambah Syasya, hubungan dia dengan neneknya itu memang sangat akrab, malah pertemuan mereka ketika hari raya lalu juga mesra seperti lazimnya.

“Raya tempoh hari, kami ada bertemu, dia seorang nenek yang cool dan caring.  Dia juga seorang anak seni, pernah muda seperti saya, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini,” jelasnya. 

Ketika disoal berhubung kecaman orang, Syasya berkata setiap kecaman dengan hati terbuka dan menyifatkan ia sebagai satu peringatan meskipun ada yang mengeluarkan perkataan kesat terhadapnya.

"Saya tak boleh nak memuaskan hati orang dan saya faham setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara pemakain ini. Kalau ada yang merasakan saya terlampau seksi, Insya Allah saya akan cuba kurang-kurangkan.

“Saya tiada kuasa untuk menghentikan pendapat orang. Bagi saya, saya okey sahaja. Saya tak rimas bila ditegur sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga,” katanya. – Getaran, 18 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Wajah Suami Persis Nobita Pikat Hati Syasya

3

Muzik 3 bulan yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

4

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Coldplay Tak Boleh, Artis Siam Seksi Takpe Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara