web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wajah Suami Persis Nobita Pikat Hati Syasya

Sebagai peminat diri animasi terkenal Doraemon, Syasya akui salah satu sebab dia terpikat dengan suaminya adalah kerana pemuda itu memiliki wajah persis Nobita

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 4:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya mengakui terpikat dengan suaminya kerana lelaki tersebut memiliki wajah persis karakter animasi popular, Nobita.

Menurut Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, dia merupakan peminat tegar siri animasi Doraemon.

"Salah satu sebab kenapa Syasya tertarik dengan Nas (suami) kerana wajahnya persis Nobita.

"Setiap kali saya lihat wajahnya, dia mengingatkan saya pada siri animasi Doraemon," katanya sewaktu ditemui di majlis resepsi yang berlangsung malam tadi di Shah Alam.

Disebabkan meminati Doraemon, pasangan mempelai ini turut diiringi dengan muzik lagu tema animasi tersebut sewaktu berarak masuk ke dalam dewan majlis resepsi mereka.

Mengimbau semula detik perkenalan mereka, Nas atau nama sebenarnya Nasrullah Mohd Sapie merupakan sahabat kepada abang Syasya. Malah ibu Syasya pada mulanya tidak tahu mereka bercinta.

"Sebenarnya kami berdua dah lama duduk berdekatan tetapi tidak saling mengenali sehinggalah satu hari kami mula berkenalan dan berkawan kira-kira dua tahun lalu.

“Selepas berkawan kami rasa sudah tiba masanya untuk kami melanjutkan hubungan kami ke fasa seterusnya," kata Nasrullah.

Sanggup mengorbankan kerjaya seni sewaktu nama sedang berada di puncak populariti, kata Syasya dia akur dengan takdir yang tertulis untuknya.

"Saya rasa ini adalah waktu yang paling tepat untuk saya mulakan perjalanan baharu dalam hidup saya.

"Kalau sudah ditakdirkan rezeki saya sebagai penyanyi sehingga sini sahaja, maka sehingga sini sahajalah. Pada masa hadapan Insya Allah kita tak tahu rezeki kita macam mana.

"Tidak dinafikan saya berat hati juga untuk meninggalkan Dolla. Kami sangat rapat umpama adik beradik. Tetapi kami selalu berbincang jika salah seorang ingin membawa haluan masing-masing, masing-masing akan tetap menyokong," kata Syasya yang mahu fokus untuk menamatkan pengajiannya.

Ditanya tentang rancangan berbulan madu, kata Syasya dia belum ada masa untuk berbuat demikian kerana mahu menghabiskan semester pengajiannya terlebih dahulu dan bakal menduduki peperiksaan Isnin depan.

Terdahulu, April lalu Syasya mengejutkan ramai apabila mengumumkan untuk mengundur diri dari kumpulan Dolla.

Selepas itu dia sekali lagi mengejutkan para peminatnya selepas mengumumkan telah berkahwin pada 21 April dan mengambil keputusan untuk berhijab. - Getaran, 9 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pelakon Suara Pertama Watak Nobita Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara