web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelakon Suara Pertama Watak Nobita Meninggal Dunia

Sepanjang hayatnya, Yoshiko telah melakonkan pelbagai jenis watak animasi baik lelaki mahupun perempuan, termasuklah watak Nobita Nobi.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2021 1:23PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon suara pertama yang mengisi watak Nobita, Yoshiko Ohta disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 89 tahun. 

Agensinya, Theater Echo mengatakan kematiannya berpunca daripada jantungnya yang dikatakan gagal berfungsi. Dia kemudian menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di kawasan Kanagawa, Jepun.

Yoshiko dilahirkan pada 25 April 1936 dan berkahwin dengan pasangannya Osamu Saka. Mereka kemudian bersama-sama bernaung di bawah syarikat agensi Theatre Echo pada tahun 1963.

Sepanjang hayatnya, dia aktif menjadi pelakon suara kartun dan animasi klasik terutamanya sekitar tahun 60-an hingga 90-an.

Yoshiko telah melakonkan pelbagai jenis watak animasi baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang menarik, kebanyakan animasi yang dilakonkannya adalah siri kartun terkenal dan dicintai penonton. Salah satu watak yang dilakonkannya ialah Nobita Nobi pada tahun 1973. 

Dia menjadi pelakon suara untuk watak Nobita sejak siri animasi 'Doraemon' diadaptasi daripada manga pertama. Siri animasi itu pada asalnya ditayangkan di Jepun selama enam bulan dan tidak lagi ditayangkan kembali. 

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan pelakon suara bagi watak Sapphire dalam 'Princess Knight' serta Leo dalam cerita animasi 'Kimba the White Lion'. 

Selain itu, Yoshiko juga terlibat dalam mengalih suara beberapa filem Disney seperti Peter Pan, Bambi, Dumbo dan The Fox and the Hound. - Getaran, 11 November 2021

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara