web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Coldplay Tak Boleh, Artis Siam Seksi Takpe Pulak?’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:31PM

Konsert dijayakan artis Thailand ini menampilkan penyanyi dan penari latar yang berpakaian seksi dan mencolok mata - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika penganjuran konsert Coldplay di ibu negara masih hangat diperkatakan sejumlah besar komuniti Islam, negeri yang terkenal dengan julukan Serambi Mekah iaitu Kelantan tak kurang hebatnya.

Bertempat di Bachok, pihak berkuasa negeri itu dikesan membenarkan sebuah konsert berlatarkan penghibur berpakaian seksi diadakan dengan penuh meriah.

Ia menimbulkan persoalan, apa sudah jadi dengan ‘ketegasan’ hukum Islam yang dipraktikkan kerajaan negeri, sehingga membenarkan aktiviti hiburan mencolok mata diadakan.

Kini trending di media sosial khususnya X, foto konsert berkenaan turut tersebar luas.

Lebih menjadi tanda tanya, ia diadakan pula pada ‘penghulu segala hari’ iaitu Jumaat, yang sememangnya memiliki pelbagai fadilat dalam Islam. 

Menerusi satu ciapan, Rusty Blade atau @PisauKarat berkata, konsert menampilkan artis dibawa khas dari Thailand itu dihadiri ratusan atau mungkin juga ribuan pengunjung. 

Memetik sebuah video dikongsi @wanzz.official2, individu dalam rakaman tersebut dilihat mengkritik tindakan pembangkang yang masih terus menjadikan konsert Coldplay sebagai isu.

“Eh korang nak tau tak, bukan main sedap lagi ‘walaun’ (gelaran untuk penyokong pembangkang) bantai kita, bantai kerajaan pasal konsert Coldplay. Rupa-rupanya dua hari lalu, hari Jumaat (24 November) dekat Bachok, Kelantan ada konsert, bawa artis dari Siam masuk.

“Haa yang ni takde orang bercerita pun, takde orang tahu pun,” kata individu tersebut.

Penganjuran konsert terbabit turut meraih perhatian Wanita PKR Kelantan yang mendesak kerajaan negeri melakukan siasatan pada kadar segera.

Ketuanya, Nor Azmiza Mamat berkata, konsert menampilkan persembahan artis Thailand, Thungpang Chanoknan itu tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang netizen dikenali sebagai Hock Ann memberitahu, konsert tersebut adalah sebahagian daripada acara keagamaan untuk penganut Buddha, sempena majlis Thodphapha.

Katanya, konsert itu diadakan secara tertutup dalam kawasan wat, dan ia sudah wujud sejak puluhan tahun lalu.

“Hahahahahaha tak sangka hari ni akan tiba. Sebagai cino Kelate beragama Buddha, biar ambo cito....jawapannya, ni concert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha).

“Di mana Wat Wat di Kelantan sekarang tengah mengadakan majlis Thodphapha (Buddhism’s robe-offering ceremony),” katanya.

 Beliau bagaimanapun mengakui, pihak wat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang jika ada komuniti beragama lain mahu hadir menonton persembahan diadakan.

Sementara itu tinjauan Getaran mendapati, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman turut menjadi mangsa kecaman kerana didakwa membiarkan acara berkenan diadakan.

Netizen yang ‘nakal’ turut memuat naik ciapan Mohd Syahir pada 22 Julai lalu ketika beliau mengkritik kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Ada orang kata konsert baik untuk ekonomi, tetapi perlu diingat, ada 'harga' yang perlu dibayar, dan ada 'kos' yang mahal untuk merawat.

“Hiburan, budaya, ekonomi, jatidiri. Perlu selari, perlu seimbang. Perlu bermanfaat,” katanya menerusi ciapan terbabit. - Getaran, 27 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Guna ‘Dalil’ Ketua Sami, Konsert Bachok Terus Dikecam

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Ramai Perempuan Melayu Tak Suka Kulit Sendiri? Brown Is Sexy! - Nabila Huda

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang