web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Politik Malaysia Stabil Jika Kerusi BN Sedikit - Muhammad Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 2:00PM

Muhammad Sanusi ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor di Batu Pahat, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kestabilan politik di Malaysia dan setiap negeri di negara ini mampu diwujudkan menerusi satu formula mudah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, formula tersebut adalah dengan memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memiliki kerusi yang sedikit.

Katanya, formula itu terbukti berkesan termasuk di beberapa negeri yang diperintah PAS iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Apabila kerusi UMNO kurang, sangat-sangat kurang hingga tarik diri pun kerajaan tak tumbang, maka itulah formula wujudkan kestabilan politik di Malaysia.

“Testimoninya ada di Kedah. Di Kedah PAS ada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ada enam, Pakatan Harapan (PH) ada 13 dan UMNO ada dua.

“Sejak dari hari pertama kita ambil alih kerajaan pada 17 Mei 2020 sampai hari ini, kerajaan Kedah adalah yang paling stabil di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor malam tadi.

Tambahnya, keadaan sama turut berlaku di Terengganu dengan kerajaan negeri itu disifatkan tetap stabil, walaupun UMNO dilihat meroyan dalam keadaan mereka tidak memiliki kerusi yang cukup untuk menumbangkan kerajaan negeri.

“Sama juga di Kelantan yang kerusi dia (UMNO) sikit. Baru-baru ini putus hubungan (UMNO dan PAS), putus ‘pi’ la, bukan nak jadi apa,” tegasnya.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata, beliau tetap merasa segan untuk bercakap mengenai UMNO kerana parti itu ‘duduk’ bersama mereka di Kedah.

Namun katanya, apabila mereka bertembung di Johor, beliau tidak memiliki pilihan dan sama sekali tidak boleh membenarkan pihak lawan untuk membuat ‘jaringan’.

“Saya mesti tunjukkan kepada rakyat apa kekurangan ‘kamu’ ada dan apa bahaya rakyat hadapi jika pilih ‘kamu’ lagi.

“Rakyat akan hadapi bahaya jika pilih ‘kamu’ lagi kerana ‘kamu’ akan kaut untuk diri ‘kamu’ sendiri.

“Apa yang ada di keliling kita ini hilang, akan pergi ke mereka semua, baik kuasa, ekonomi, politik dan apa sekali pun. Kalau ada ruang dan peluang, kita semua tahu, tetapi malas nak cakap saja.

“Pasal kita nak jaga hati kawan tetapi lama mana nak jaga hati kawan sampai kita sendiri menderita? Daripada aku mampus, baik hang mampus. Tu bahasa orang Kedah, jangan orang Johor kecil hati pula,” katanya.

Menurutnya, tujuan diadakan PRN di Johor bukanlah demi mewujudkan kestabilan politik sebaliknya semata-mata demi menambah kerusi UMNO dalam DUN Johor.

“Apabila mereka memiliki banyak kerusi, dia boleh tendang orang lain keluar. Saya bukan nak kata pada UMNO tetapi dah memang ‘lagu’ tu sungguh, tak kata macam mana?” katanya. - Getaran 13 Februari 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia