web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Umum Tidak Bertanding Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 2:44PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, sudah tiba masanya beliau berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

“Saya masih belum pulih sepenuhnya, masih lemah dan tak kuat. Tetapi kalau setakat nak ke Johor dan bercakap sikit-sikit, masih boleh. 

“Nak ke Langkawi dan kempen sikit-sikit itu pun masih boleh. Tetapi saya ingat, kita bagi peluang kepada orang lainlah,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Lang Agro Park di sini, hari ini. 

Mantan Perdana Menteri berusia 97 tahun itu berkata, calon diketengahkan nanti sudah tentu akan lebih muda daripada dirinya. 

“Saya boleh ada bersama, boleh beri nasihat, malah boleh ambil bahagian dalam kempen pun. 

“Kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir dan mungkin bercakap sedikit bagi membantu kempen calon,” katanya. 

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan mengenai dakwaan mengelirukan Dewan Rakyat pada hari ini seperti diarahkan Speaker, Tan Sri Azhar Harun adalah disebabkan Ahli Parlimen Pekan itu bimbang tindakannya akan mempengaruhi sokongan pengundi Johor.

“Beliau tak boleh bagi penjelasan, sebab itu beliau tidak berbuat demikian. Kalau penjelasannya betul dan boleh diterima akal, maka beliau perlu beri penjelasan sebelum PRN kerana tindakan itu akan pengaruhi orang supaya sokong dirinya. 

“Tindakan ini (beri penjelasan mengenai dakwaan tersebut) tak boleh pengaruhi orang untuk sokong. Sebab itu beliau tak beri penjelasan,” katanya. 

Terdahulu, Azhar Harun memaklumkan beliau sudah meminta Najib mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat pada minggu lalu. 

Menurutnya, Najib perlu memberi penjelasan hari ini berkenaan intipati perbahasannya yang menyentuh mengenai isu 1MDB dan kewangan negara.

Bagaimanapun, Najib ketika ditemui media semalam memaklumkan, beliau hanya akan berhubung dengan Azhar untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu selepas PRN Johor. - Getaran 9 Mac 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia